Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Mencari courier service pada harga yg berpatutan adalah sesuatu yg agak memcabar  bagi seller online.

Mana tidaknya, harga courier memainkan peranan dalam penentuan jumlah harga sesuatu barang. Kita perlu masukkan kos2 yg terlibat didalam harga barang dan jika kos courier ni agak tinggi, ia akan membantutkan niat pembeli. Yg menjadi dalam dilema juga adalah penjual; letak harga rendah takut untung terlalu minima, manakala campur dengan harga courier takut harga terlalu tak munasabah.


Pembeli kadang2 ada yg tidak faham, penentuan harga courier ni jika bukan kerana berat, kita perlu juga melihat saiz barang tersebut. Dan adakalanya saiz yg besar walaupun tidak sampai sekilo akan membuatkan hrga courier melambung. Sebab?  Kerana pengiraan KG/m yg membuatkan ianya menjadi agak mahal.

Kadang2 ada pelbagai cara untuk "mencantikkan" harga barang tanpa memberi ruang untuk pelanggan risau pasal jumlah harga yg perlu dibayar (harga barang + harga courier). Caranya ramai yg tahu:-

1. Masukkan sekali kos pos didalam harga barang, dan offer kepada pelanggan "Free Postage". Biasa buat?

2. Combine barang2 yg hendak di beli utk kurangkan postage. Contohnya beli 1 barang XXX dan postage RM8.00 1kg.  Tp beli dua, Free postage. Biasa buat?

3. Kadang2 customer hanya nak beli 1, tapi tannak courier. Kita pun serba salah, so kita cuba bg option harga2 courier service. Biasa buat?

4. Dan byk lagi la cara2 kita tarik pelanggan dgn memberi pakej harga courier..

Pernah Guna Delyva.com








Delyva Adalah Delivery Platform Pilihan

Setiap perkara perlukan teguran untuk menjadi kearah yg lebih baik. Sudah tiba masanya sistem pendidikan kita harus berada ditahap yg lebih baik, maka perlunya idea2 baru dan mungkin juga teguran2 yg membina.

Tp kalau ianya tidak perlu dan tidak boleh ditegur lagi, maka terpaksalah.......jangan tegur, Jangan tegur, Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,Jangan tegur,

PBS - antara tekanan dan teguran.

mi 3
Sekali imbas, perkataan Mi 3 seolah2 macam sebungkus mi yang baru berada di pasaran Malaysia. Namun begitu, telahan begitu jauh dari sasaran. Bagi peminat Android, mungkin mereka perlu menumpukan perhatian dengan kemunculan Mi 3 ini yang semakin popular baik di Internet atau di dunia luar.

Kemunculan Mi 3 dinantikan

Dengan kemunculannya di negara jiran Singapura, produk ini sahaja telah "sold out" dalam masa 2 minit sahaja seperti yang dilaporkan. 2 minit? Berapa ribu yang dijual di sana. Bagaimana pula dengan kemunculan Mi 3 ini di Malaysia?
Cheap and good is always irresistible and Xiaomi proved that point when 4,000 units of their Mi 3 smartphone was sold in just 17 minutes! - www.soyacincau.com

Xiaomi Mi 3 akan kehabisan

Kawasaki ER6n



Sejak dari di universiti lagi aku berhajat untuk memiliki motor berkuasa besar. konon2 bila dah start kerje tu aku nak beli n jadi rider sepenuh masa. Entah kenapa hajat tu "hilang" di tengah jalan. Bila start kerja di Affinbank dulu, aku terus beli kereta Proton Satria. Kemudian bila start jadi cikgu di SMSSI Mersing, aku tukar guna kereta Kia Spektra plak.

My Kawasaki ER6n

Situasi politik pada masa ini di malaysia amat genting. Susah nak kata samada pemimpin skrg baik pihak kerajaan atau pon pembangkang benar2 ingin menolong rakyat jelata atau pon kerana ingin berkuasa atau kekal berkuasa kerana kuasa dan wang. Susah nak menilai semua tu pada masa ini. Itu terpulang kepada individu tu sendiri utk memilih.
Sebut pasal pemilihan, mungkin ramai yg dah ada pilihan dihati utk memilih parti mana, tp yg paling menyedihkan bila ada puak2 yg bertelagah sesama mereka namun tak PERNAH mengundi atau tak DAFTAR mengundi. Lagi sedih.

Daftar spr jum

Sewaktu ketika dulu, aku mempunyai Kereta Kia spektra. Kereta tu dah banyak berjasa pada aku. Bukan setakat aku je, malah telah berjasa terhadap isteriku , anak ku dan juga kawan ku bob. Telah byk tempat kereta tu dah pergi, baik dari selatan ke utara ke timur dan barat semenanjung. Mungkin kerana telah lama berjasa, ianya telah sampai ke kemuncak setelah mencecah perjalanan sejauh 270,000km dimana kereta aku telah breakdown di highway Utara - Selatan. Waktu tu aku dan keluarga aku sedang dalam perjalanan pulang ke pontian. Namun apakan daya, perjalanan aku yang bermula dari Masjid Tanah telah terkandas di Yong Peng. Lebih menakutkan, kami terkandas hampir tengah malam.

selamat tinggal kia spektra :(

Suatu ketika dulu pada tahun 2004 sewaktu aku belajar di IPBA, Lembah Pantai, aku telah terlibat untuk satu camping pengakap bersama rakan2 di kawasan hutan mana entah, aku pon tak ingat. Lama juga berada disana. Nak jadikan cerita sewaktu maghrib, aku baru keluar dari bilik mandi dan menuju ke khemah. Maklumla, suasana senja2 ni, tergesa2 la nak menunaikan tanggungjawab kita, disamping kawasan tu penuh ngan manusia2 yang nak mandi juga. Nak dipendekkan cerita, kaki kiri ku termasuk lubang!!!! lalu aku jatuh tersungkur dan yang paling al-malang sekali, kaki ku terseliuh!

Partial Ligament Tear.. OUCH!!! Nasib si kaki ku

Aku terpanggil untuk mengutarakan beberapa pertanyaan yg sering melanda difikiran ini. Telah lama kita diterapkan dengan idea bahawa Umno adalah parti yg memperjuangkan kemerdekaan, dan diterapkan berpuluh2 tahun lamanya ttg idea Umno memperjuangkan melayu. Adakah Umno sahaja parti yg memperjuangkan kemerdekaan? Atau ianya satu ukiran kepada semua rakyat pada ketika itu yang kononnya hanya Umno saja yg telah memerdekakan Tanah Melayu. Sejauh mana tahap mereka memperjuangkan org melayu sejak mula negara mencapai kemerdekaan sehingga ke zaman globalisasi sekarang ini, adakah perjuangan melayu mereka sekarang sama seperti dahulu atau adakah telah berlaku transformasi yang melibatkan kroni sahabat handai rakan taulan. Bagaimana dengan keadaan bangsa melayu rakyat biasa selain dari kroni sahabat handai rakan taulan pada masa kini?

Of PUTERA-AMCJA and Umno.

Cerita pasal Johor Premium Outlets (JPO), mana2 orang johor pasti tau tempat tu.. Tp, bukan aku walaupun aku ni orang johor. Hehehe Aku tau pasal JPO ni pun dari kawan aku yang BUKAN org johor.. Apa la aku ni kan, nama je org johor. Tp bukan itu isu yang aku nak cerita disini.. 
Nak dipendekkan cerita, beberapa hari lepas aku telah pergi ke JPO ni. Walaupon tempat ni terletak dan kelihatan di sebelah highway Utara - selatan, tp pada aku, akses nak ke sana adalah costly kerana aku terpaksa melalui tol kalau nak cepat sampai ke tempat tu la. Tempat tu juga sebenarnya jauh dari bandaraya JB kerana ia berada dikawasan yang baru dibuka di area Kulai Jaya. Manakala caj untuk parking kereta pula adalah RM3.00 sekali (murah kot).

Jauhnya JPO (Johor Premium Outlet) ni... hee

Sepanjang aku duduk di Masjid Tanah Melaka ni sejak dari Ogos 2010, aku selalu terpikir bila lah nak di bukak Pizza Hut kat sini. Aku ni bukan la peminat Pizza tp kadang2 ada gak selera nak makan piza, cuma masalahnya, jauh dari tempat aku bermastautin. Heeee

Entah tiba2, sewaktu aku sedang balik dari kerja, aku terperasan ada lori Pizza Hut. Tak pernah aku nampak seumur hidup aku ada lori mcm ni.. Terkejut gak kerana ada jugak inisiatif Pizza Hut ni bukak gerai bergerak di Pekan Masjid Tanah ni.. Heeee... Sekurang2nya, aku tak la rasa mcm tinggal betol2 jauh dari bandar.. Ahakz...

Pizza Hut Catering

Hari Rabu ni mcm syahdu je cuaca.. Kelihatan mendung diluar sana membuatkan aku rasa ngantuk je duduk di rumah. heeee.. Mungkin sebab hari ni hari yang bersejarah kerana hari pertabalan agung yang baru. Daulat Tuanku.

Sambil2 aku terhidu bau didapur yang sungguh sedap dan nampaknya wife aku sedang menggoreng nasi.. Nyum nyum!

Tobasco ada logo "K" (Kosher)

literally or figuratively? hehehehe... apa yang hendak aku bincangkan disini ialah beberapa isu yang aku rasa kena ngan nasi lemak tu.

1. Kepadatan - ianya memainkan peranan yang penting bagi menggambarkan "kepenuhan" isi nasi lemak itu didalam bungkusan yang barangkali memenuhi citarasa sesetengah individu itu sendiri.. Ada yang penuh, ada yang berongga..

2. Rasa - ini juga mempunyai satu peranan yang amat penting, dari segi sambalnya kerana jika terlebih walau satu bahan sekalipun, rasanya mungkin akan terlebih masin atau terlebih tawar. Warna sambal juga berbeza mengikut bahan yang digunakan sekaligus menentukan ciri2 rasa yang kita perlukan.

Nasi lemak 50sen vs Nasi lemak 20sen

Aku ni tak la knowledgeable sangat  pasal pisang, dan oleh kerana itu aku tak berapa tau sgt nama2 pisang yang ada di pasaran malaysia ni. Antara yang common yang aku tau ialah pisang tanduk, pisang nipah, pisang rastali, pisang makan.. tu je lah. heee..

tu belum kira dari segi saiz pisang yang aku tau, selama ni pisang yang aku rasa lain dari yang lain ialah pisang tanduk. Besarnya bole tahan tp, pisang tu bukannya sedap kalau dimakan mcam tu je melainkan kalau dibuat goreng pisang. Kalau setakat pisang2 lain aku tau, saiznya adalah "standard" saiz pisang2 yang biasa di pasaran.

Pisang yg gemuk!

Selama ni aku tak pernah suka dengan kucing, tp dalam sebulan yang lalu my wife and i telah membela sekor anak kucing. Anak kucing tu diberi oleh jiran lama aku sewaktu aku tinggal di ruma sewa lama di masjid tanah. Jaga anak kucing ni pun bukan senang jugak rupanya. Masa aku ambil anak kucing ni, macam kerenah kucing ni asyik miaw miaw je... Tu belum kira ada masalah cacing diperutnya. Sembelit lagi satu hal. hahaha...
Ni kucing aku, namanya Chaka... heeee


Si Chaka, kucing ku yang kuat makan..

Aku tak tau apa lagi yang menarik ttg gerai ni. Masa mula2 aku dtg tempat ni sewaktu berpindah di melaka, aku dapati kedai ni jual makanan yg agak2 eksotik sebab antarnya ada jual ikan patin n siput sedut. Pada masa tu, harganya boleh tahan la sebab tak terlalu murah n tak terlalu mahal. Sekiranya aku makan nasi n ikan patin bersama air kosong, harganya bole mencecah hingga ke rm6.00 sahaja.. Aku tau dgn harga tu bole dikatakan murah sebab ada gerai dipahang yang menghidangkan hidangan patin yang berbelas2 ringgit malah berpuluh2 ringgit..

Tapi, itu ikan patin. Aku boleh paham. Pernah satu ketika aku makan nasi ikan n sayur, harganya rm4.00, kemudian pada hari berikutnya, aku try nasi, ikan kering kecil n sayur, JUGA RM 4.00?!!! Aku dah mula rasa sesuatu yang pelik ttg kedai ni... Dan, sejak dari hari itu, aku mula mendengar keluhan sesetengah org ttg gerai tersebut. Ramai yang mengatakan harga di gerai itu mahal dari gerai2 yang lain. Aku pun pelik kenapa harganya begitu sedangkan dari segi lokasi, gerai itu sgt strategik dan bole dapat pelanggan yang ramai. Tp, kenapa perlu terlalu mahal? Hmmmm

Kemudian, baru aku terasa kemahalannya. Beberapa hari lepas, aku makan kerang semangkuk bersaiz sederhana besar, 5 batang bendi, nasi n air suam. To my surprise, makcik tu kata semuanya berharga RM10.00!!! terkejut beruk aku, tp malas aku nak sound dia. Takkan harga bendi mahal kemaong kot? takkan kerang mahal kemaong kot? kalau rm6.00, aku bole terima lagi... ni Rm10.00.. Kalau kat kedai2 luar pun, harga kerang semangkuk paling mahal pon aku tgk rm4.00 sekarang. Giler la...

So sekarang, aku dah malas nak pergi kedai tu... Dan pada sesiapa yang nak pergi, aku tak halang, tp beringatlah sebab anda pasti akan terkena ketuk dgn harganya.. Nama gerai tu seperti di gambar dibawah dan terletak berdepan dgn Kolej Matrikulasi Melaka. (ikut hati nak report je kat Persatuan Pengguna atau Kementerian yang berkenaan)

Harga cekik darah - Tak boleh blah!

Heee... Baru2 ini aku telah pergi ke perak dan singgah di satu kedai makan yg org kata konon2nya sedap makanan disitu. Kedai yang dimaksudkan ialah kedai yang menjual pau dan makanan yang berunsurkan mee dan seafood.

Aku pergi sana sekadar ingin mencuba pau yang dikatakan sedap tu. Tempatnya memang strategik, malahan mungkin juga cara ianya mempromosikan produk itu di billboard besar dan di website membuatkannya lebih terkenal, selain dari resepi turun-temurun agaknya. 

Harga Mee yang aku pesan ni RM16.00, jgn terpedaya, udang galah tu di belah dua je.. haha
Cube tengok harga2 di menu ini.... :)
Walaupun terkenal, apa yang memeranjatkan aku ialah harganya yang pada aku tak masuk akal sebab ianya lebih kurang harga2 makanan di hotel. Namun, aku try juga hidangan yang terpapar di menu, dan pada aku, rasanya biasa saja cuma mungkin menu tersebut menggunakan udang galah, tu pun aku rasa tertipu dgn cara hidangan udang tersebut. Pada mulanya, dgn harga RM16.00, aku rasa aku akan dihidangkan dgn 2 ekor udang galah bersama mee yang ku order, tetapi, rupa2nya, 1 ekor udang yang dibelah dua... cheh!! tu belum tgk lagi harga2 yang terpapar di menu.. Mahal nak mampus.. Ntah mcm mana la org suka, mungkin sebab Pau2 nya ang menjadi signature dish.. 

Tp kalau ada sesiapa yang rasa nak makan pau2 nya yang pelbagai jenis, pada aku, bole la tahan rasanya, tu pon rasanya macam tipikal dgn pau ternama yang lain.. Heeee... Nothing special, pada pandangan peribadi aku. Jika tanya orang lain, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.. apa2 pun, kepada yang nak try makan pau2 tu, dipersilakan ke Tg.Malim dan carilah kedai pau Yik Mun.
Pau Yik Mun, yang ni org kata sedap tu konon... heee   try la...

Pau Yik Mun ni sedap bebenor ke? :P haha