Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts
Cerita pasal Johor Premium Outlets (JPO), mana2 orang johor pasti tau tempat tu.. Tp, bukan aku walaupun aku ni orang johor. Hehehe Aku tau pasal JPO ni pun dari kawan aku yang BUKAN org johor.. Apa la aku ni kan, nama je org johor. Tp bukan itu isu yang aku nak cerita disini.. 
Nak dipendekkan cerita, beberapa hari lepas aku telah pergi ke JPO ni. Walaupon tempat ni terletak dan kelihatan di sebelah highway Utara - selatan, tp pada aku, akses nak ke sana adalah costly kerana aku terpaksa melalui tol kalau nak cepat sampai ke tempat tu la. Tempat tu juga sebenarnya jauh dari bandaraya JB kerana ia berada dikawasan yang baru dibuka di area Kulai Jaya. Manakala caj untuk parking kereta pula adalah RM3.00 sekali (murah kot).

Jauhnya JPO (Johor Premium Outlet) ni... hee

PC Fair, IT fair, lebih kurang je promosi yang dilakukan, cuma kalau dikatakan PC fair, mungkin kita dapat tgk lebih byk barang2 komputer yang dipromosi dan didiskaunkan berbanding IT fair. Tp, what the heck, apa yang tgk Boleh dikatakan selang beberapa bulan, ada je IT Fair atau PC Fair diadakan. Heee

Apa yang aku lihat disini ada beberapa persoalan yang timbul. Boleh dikatakan PC Fair dan IT Fair ini diadakan selang beberapa bulan. Pada mulanya aku rasakan yang PC Fair ini menjanjikan harga brg2 computer, tp bila aku perhatikan selang beberapa bulan itu, tak jauh mana pon harga2 barang2 yang dijual compare dgn harga sebelum PC Fair. Mungkin gah atas nama "PC Fair" je.. Tp entahlah, mungkin aku tgk pada sesetangah barang je kowt, jd tak nampak sgt pengurangan harga barang tu.

Cuma, acapkali aku lihat, apabila PC Fair je, org akan berduyun2 dtg, tp tak taulah, adakah mereka dtg tu nak beli barang atau hanya jalan2 and tgk2 barang2 je macam aku.. Hehe.. Tp, aku mmg respek la, asal Pc Fair je, mmg org ramai dtg.. Tu belum kira promoter2 DIGI, Celcom dan Maxis yang tak habis2 promote broadband mereka bila kita keluar dari dewan jualan barang2. Hahaha.. Rasa macam artis pon ada gak bila mereka serbu dkt kat kita dan berlumba2 ajak apply broadband tu..


Aku lihat, ada juga peniaga yang beriya2 menjerit2 memanggil customer sampai ada yang sanggup  memanjat meja. Tu betol2 promosi tu.. Hehehe..

Apa apa hal pon, dgn adanya PC Fair, aku dapat  beli laptop aku masa PC Fair tahun 2009..

PC Fair JB 2011