Cerita pasal Johor Premium Outlets (JPO), mana2 orang johor pasti tau tempat tu.. Tp, bukan aku walaupun aku ni orang johor. Hehehe Aku tau pasal JPO ni pun dari kawan aku yang BUKAN org johor.. Apa la aku ni kan, nama je org johor. Tp bukan itu isu yang aku nak cerita disini..
Nak dipendekkan cerita, beberapa hari lepas aku telah pergi ke JPO ni. Walaupon tempat ni terletak dan kelihatan di sebelah highway Utara - selatan, tp pada aku, akses nak ke sana adalah costly kerana aku terpaksa melalui tol kalau nak cepat sampai ke tempat tu la. Tempat tu juga sebenarnya jauh dari bandaraya JB kerana ia berada dikawasan yang baru dibuka di area Kulai Jaya. Manakala caj untuk parking kereta pula adalah RM3.00 sekali (murah kot).
Oleh kerana aku sampai di JPO dalam waktu tghari, suhu dikawasan itu bole dikatakan panas terik juga memandangkan ianya berada dikawasan yang baru dibuka. Baiklah, dari segi bangunan tu pula, pada aku cantiklah jugak. Bukan kelihatan seperti shopping complex, tp ia seperti deretan2 kedai yang biasa kita lihat.
Cuma jenama2 yang dijual dikedai tersebut adalah jenama2 top yang kita pernah dan tak pernah dengar. Antaranya Selvator Ferragamo, Polo, Puma, Skechers, Adidas, Micheal Kors, Cotton on, Guess, Nike, Levi's dan macam2 lagilah sampai aku pun tak ingat dah.
Bukan tu je, siap ada Maybank, Starbucks dan kedai makan korea & yg bukan korea. Heee.. Tu belum tgk ada balai polis lagi.. Tak tau lah apa produk yang balai tu jual.. hehehehe... (Gurau je bang, jgn belasah aku plak mcm citer kuning2 tu).. :P
Barang2 kat situ kebanyakan ada diskaun dan murah sedikit dari harga pasaran cumaaaaa, hasil dari pertanyaan aku di beberapa buah kedai, rupanya barang2 disitu terdapat barang2 yang kurang laku penjualannya di outlet2 dinegeri lain (walaupun bukan semua). Jadi, barang2 yng kurang laku itu dibawa ke JPO dan dijual pada harga diskaun.. Patutlah brg2 kat situ "bole tahan" murah sikit harganya.. Aku pun beli kasut Puma murah2. Murah tak murah la, bila tgk barang Micheal Kors walaupon ada potongan 50%, harga lepas diskaun tu masih mahal dalam RM5**.00 Gile bapak MURAHHHHHHHHH... hahaha
So, silalah datang ke JPO...
No comments
Post a Comment