
Kalau dilihat, tindakan tersebut adalah dengan niat untuk memprovokasi pembaca dalam memberikan respon dan tindakbalas secara emosi tentang isu yang dibawanya. Kalau dilihat juga dewasa ini, ianya banyak melibatkan politik dan politikus kerana umum mengetahui terdapat tindakan yang tidak disukai oleh sesetengah pengikut - pengikut mereka terhadap pihak pembangkang atau juga pihak kerajaan. Mungkin terdapat baiknya kita mengetengahkan isu - isu yang boleh dibahaskan namun sekiranya diselitkan dengan unsur - unsur Trolling, sudah semestinya akan menyebabkan kekalutan yang boleh terbawa - bawa ke alam realiti.
TROLL: Baik atau Tidak?
Bukan berfokus kepada politik sahaja, malah individu - individu tertentu, organisasi - organisasi juga tidak terlepas dari diTroll oleh segelintir masyarakat internet. Kebanyakkan Troll yang dilakukan ini mempunyai unsur - unsur lawak dalam sindiran belaka, dan ada juga yang ditujukan terus dengan fakta tanpa unsur - unsur kecindan. Tidak dinafikan, unsur troll ini mampu untuk menyedarkan orang awam tentang moral yang ingin disampaikan. Namun ianya juga boleh menjadi bahan ketawa yang kelak mengganggu emosi dan sensitiviti sesetengah invidu yang di Troll.
Pemahaman troll ini sebenarnya merupakan satu yang subjektif. Malah boleh dikatakan ianya bergantung kepada persepsi dan sentimen pembaca itu sendiri. Ada pembaca yang beranggapan isu yang tonjolkan itu mungkin sebagai satu troll (sinikal), dan ada juga yang beranggapan ianya isu yang dianggap sebagai Troll (sumbangan / penggerak idea) dalam sesuatu perbincangan (walaupun mungkin agak kontroversi). Ataupun, jika ianya dibawa dalam satu perbincangan (seperti forum, media sosial) dan sekiranya keterlaluan, mungkin boleh dianggap sebagai satu Troll (serangan) yang memberikan impak negatif.
Apakah pandangan kita tentang isu yang cuba disampaikan?
Lihat sahaja contoh - contoh dibawah yang melibatkan individu seperti Bola Sepak, Politik, Fast Food. Adakah ianya dapat memberikan moral yang baik atau sekadar memerli atau dapat menaikkan kemarahan kita?
[caption id="attachment_3009" align="aligncenter" width="400"]

Kredit gambar : Totally Mejah
[caption id="attachment_3010" align="aligncenter" width="400"]

Kredit gambar : Abe Mat Slekeh
[caption id="attachment_3007" align="aligncenter" width="640"]
Kredit gambar : Ban Politik
Selain itu terdapat juga gambaran tentang sesuatu isu secara umum yang boleh membuatkan kita berfikir (samada kita pernah lalui atau merupakan idaman kita). Lihat sahaja contoh dibawah. Kredit gambar berikut : 9Gag Malaysia



MEME yang menarik
Yang menariknya, hampir setiap isu yang ingin di Troll akan menggunakan watak - watak wajah (meme / Troll face) tertentu yang menonjolkan wajah - wajah tersenyum nakal atau sinikal, seolah - olah mewakili wajah mangsa yang hendak di Troll. Meme yang digunakan kebanyakkannya dalam bentuk komik yang ramai daripada kita tahu mengenainya. Malah ada diantara meme tersebut mempunyai gelarannya masing - masing.
[caption id="attachment_3024" align="aligncenter" width="610"]
Dari senarai diatas, memang patutlah ramai yang emosional bila telah diTroll menggunakan meme tersebut. :D
Wajarkah Troll di Internet?
Sekali lagi, ianya terpulang kepada individu yang membaca. Sekiranya ia dapat memberikan satu moral value, ianya adalah satu yang baik. Sekiranya ia boleh merupakan satu serangan baik secara peribadi atau kumpulan tertentu, sudah semestinya ia merupakan sesuatu yang tidak wajar. Namun begitu, sekiranya ia dapat menyebabkan isu tersebut dapat ditambah baik (walaupun kontroversi), bukankah ianya juga sesuatu yang baik? Terpulang kepada kita untuk menerimanya, membacanya dan menterjemahkannya.

No comments
Post a Comment