Heee... Baru2 ini aku telah pergi ke perak dan singgah di satu kedai makan yg org kata konon2nya sedap makanan disitu. Kedai yang dimaksudkan ialah kedai yang menjual pau dan makanan yang berunsurkan mee dan seafood.
Aku pergi sana sekadar ingin mencuba pau yang dikatakan sedap tu. Tempatnya memang strategik, malahan mungkin juga cara ianya mempromosikan produk itu di billboard besar dan di website membuatkannya lebih terkenal, selain dari resepi turun-temurun agaknya.
Harga Mee yang aku pesan ni RM16.00, jgn terpedaya, udang galah tu di belah dua je.. haha |
Cube tengok harga2 di menu ini.... :) |
Walaupun terkenal, apa yang memeranjatkan aku ialah harganya yang pada aku tak masuk akal sebab ianya lebih kurang harga2 makanan di hotel. Namun, aku try juga hidangan yang terpapar di menu, dan pada aku, rasanya biasa saja cuma mungkin menu tersebut menggunakan udang galah, tu pun aku rasa tertipu dgn cara hidangan udang tersebut. Pada mulanya, dgn harga RM16.00, aku rasa aku akan dihidangkan dgn 2 ekor udang galah bersama mee yang ku order, tetapi, rupa2nya, 1 ekor udang yang dibelah dua... cheh!! tu belum tgk lagi harga2 yang terpapar di menu.. Mahal nak mampus.. Ntah mcm mana la org suka, mungkin sebab Pau2 nya ang menjadi signature dish..
Tp kalau ada sesiapa yang rasa nak makan pau2 nya yang pelbagai jenis, pada aku, bole la tahan rasanya, tu pon rasanya macam tipikal dgn pau ternama yang lain.. Heeee... Nothing special, pada pandangan peribadi aku. Jika tanya orang lain, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.. apa2 pun, kepada yang nak try makan pau2 tu, dipersilakan ke Tg.Malim dan carilah kedai pau Yik Mun.
Pau Yik Mun, yang ni org kata sedap tu konon... heee try la... |
No comments
Post a Comment