Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog

Rock Kapak @ Glam Rock

Rock dahulu dan sekarang

Rock kapakRock kapak, bagi sesiapa yang lahir dalam tahun 70an dan seawal 80an, pastinya mereka pernah melalui zaman ini yang juga dikenali sebagai zaman glam rock. Bermaksud, zaman itu telah berlaku perubahan budaya dikalangan rocker2 pada ketika itu baik dari segi gaya hidup, cara berpakaian dan cara percakapan.
Fesyen Pakaian
Bertepatan dengan perkataan Glam Rock itu sendiri yang membawa makna ciri2 penghibur lelaki rock yang memakai pakaian berfesyen yang terlalu menonjol, mencapap dan agak keterlaluan kadang2; dan menggunakan solekan muka. Antara pakaian yang dimaksudkan disini seperti memakai seluar jeans nampak rugged, sendat dan berkoyak rabak;
berbaju dan seluar kulit, berkasesori seperti anting2, rantai2 dan kalung2; berambut panjang yang agak kusut masai, atau kembang, dan yang paling tidak boleh dilupakan ialah memakai kasut2 sukan (sneakers) selain dari kasut kulit.
rock kapak
Gaya Bahasa.
Apa yang bole dikatakan disini, era 80an in imerupakan satu titik tolak bermulanya satu budaya yang baru yang bukan sahaja berpengaruh dari segi soal cara berpakaian, malah ianya telah memberi satu perkembangan ucapan dan gaya bahasa yang baru ketika itu. Antara yang menjadikan pengamal bahasa sopan satun menjadi pening kepala apabila ramai dikalangan anak2 muda ketika itu menggunakan perkataan2 asas seperti, Gua, Lu, Brader, dalam cara mereka berkomunikasi. Dan rentetan dari itu juga, maka banyak lagi perkataan2 baru yang muncul dan ada diantaranya yang masih digunakan dalam komunikasi seharian  kita pada masa ini.
Kesan terhadap ekonomi
Tidak dapat dinafikan juga, dikala berlakunya perubahan dan perkembangan budaya ini, ada juga yang dapat mengambil peluang ini untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda lebih2 lagi dalam arena muzik rock tanah air ketika itu. Antara nama2 syarikat rakaman yang popular pada ketika itu seperti WEA, BMG, Warnada, EMI, etc.
Kehadiran mereka ini menberi peluang juga kepada artis2 rock kapak ini menjadi popular menerusi lagu2 yang mereka mainkan. Disamping itu, komposer2 lagu juga mendapat hasil yang menguntungkan juga bagi mereka melalui lagu2 yang mereka hasilkan dan antara nama yang tidak asing bagi kita seperti M. masir, allahyarham Loloq, Bob lukman dan ramai lagi.
Battle of the bands
Dalam era kegemilangan rock kapak itu juga, beratus2 kumpulan rock anak2 muda telah ditubuhkan dan telah diadakan battle of the bands yang telah mengetengahkan golongan kumpulan2 rock ini, yang ada diantara mereka masih lagi popular ketika ini seperti Lefthanded, Bloodshed, Ella & The Boys, SYJ, Rahim Maarof & The whitesteel dsb. Disamping itu, telah diadakan juga siri konsert Battle of the bands bagi menonjolkan kumpulan2 yang telah menjadi juara dalam battle of the bands yang telah diadakan sebelumnya. Bukan setakat itu saja, siri Battle of The Bands juga diterbitkan dalam bentuk album iaitu Battle of The Bands 1 & 2 yang dihasilkan pada tahun 1985 & 1986. Dan tidak dinafikan, banyak kumpulan2 rock kapak menjadi terkenal kerana Battle of the bands dan ada yang telah merakamkan album sulung mereka selepas itu.
[caption id="attachment_918" align="aligncenter" width="224"]Rock kapak Album sulung Ella n The Boys[/caption]
Permasalahan yang timbul
Banyak insiden2 yang boleh dikatakan telah memberikan satu tanggapan negatif dari masyarakat kepada golongan2 rockers ini. Insiden rusuhan akibat kehadiran penonton konsert yang terlalu ramai, insiden penyalahgunaan dadah dan minuman keras, dan ada juga propoganda politik dimana terdapat golongan2 yang kurang senang diatas kejayaan dan kekayaan yang dinikmati diatas mereka2 yang terlibat dalam arena muzik rock kapak ini. Maka tidak hairanlah bila tanda nama seperti ‘budaya kuning – mabok – dadah – rambut panjang – selekeh dan keruntuhan moral’ telah ditempekkan ke atas anak muda penggiat dan peminat budaya rock kapak / rock n roll / rock glam ini.
Dan ada suatu ketik dimana campur tangan RTM terhadap kumpulan2 rock tanah air ini dengan meng"GAM"kan lagu2 mereka dari bermain di media massa yg suatu ketika dahulu lebih dipelopori oleh media - media kerajaan dan syarat untuk tidak di gam itu, mereka hendaklah memotong rambut agar dapat memberikan contoh yang "baik" dikalangan masyarakat. Dan hasilnya, demi menjaga periuk nasi, maka kumpulan2 rock kapak ini seperti wings dan search telah "menerima" syarat itu satu acara siaran langsung RTM telah diadakan dengan menunjukkan rambut mereka dipotong oleh Menteri Penerangan ketika itu, dato Mohamad Rahmat.
[caption id="attachment_919" align="aligncenter" width="240"]Rock kapak Search dan Wings mengalah[/caption]
Akhir kata begitulah sebahagian dari kisah jerih perit kepayahan dan kegemilangan rock kapak tahun 80an. Tidak dapat kita sangkal juga, rentetan dari itu arena rock di negara kita telah berkembang menjadi lebih baik di zaman sekarang dan mempunyai kekangan dan masalah yang berlainan pula dari zaman dahulu. Dengan pelbagai cabang genre rock pada masa ini, kita lihat sekarang anak2 muda mempunyai kebolehan seperti menjadi komposer lagu sendiri, dapat merakam lagu2 sendiri tanpa memerlukan syarikat rakaman yang ternama, dan boleh menjadi popular hanya dengan Internet. Namun begitu, terdapat perkara2 yang masih sama seperti dahulu contohnya dari segi promosi dan pemasaran, gosip2 dan kontroversi yang tidak dapat dielakkan dan masalah royalti. Apa yang penting, diharapkan muzik Rock ini akan dapat terus berkembang dengan memberi kepuasan kepada mereka2 yang terlibat baik kepada peminat2, komposer2, artis2, syarikat2 rakaman, dan negara.
Akhir sekali, dengarlah lagu Pop Rock ciptaan aku:
Klik link ini untuk mendengar lagu - lagu sepenuhnya Alternative Posting at Ezuddin.com

Rock Kapak 80an

POP vs DUNIA

No comments