Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Showing posts with label Music. Show all posts
Showing posts with label Music. Show all posts
Sejak aku tidak lagi menetap di Kuala Lumpur, tak pernah lagi aku melihat org bermain2 musik di tepi2 jalan menghibur kan org ramai, bukan yang mengharap org hulurkan duit tu.. Masih ingat lagi tahun 1996, sewaktu aku belajar di KL, pernah ada band yang bermain di tengah2 orang ramai di Bus Stand Klang. Band ni bermain seperti band2 orang2 kawin, tapi, bermain di tengah2 kota di tengah orng ramai. Rasa pelik pon ada waktu tu. Yela, terpikir jugak mana dia dapat karen nak idupkan amplifier dan speaker tu.. Rupanya2nya, pakai generator da..




Tp kali ni sewaktu aku berada di Kuantan, aku terlihat segolongan budak2 muda sedang ber"busking" di kalayak ramai. Walaupon ramai yang tidak mengendahkan gelagat budak2 muda ni, tp pada aku mereka ni berani bermain depan org2 ramai. Nasib tak ada org hulur duit je.. Bole tahan jugak la mereka ni, tp dari satu segi plak, macam nak cari publisiti pon ada.. Hehehe... Tapi tak kesahlah tu semua, apa yang penting, mereka berani menonjolkan bakat mereka ditengah2 orng ramai sedang lalu lalang disitu pada waktu malam. Sekurang2nya, ada la halwa telinga, tak la kawasan tu senyap je. Aku pun melepak gak disitu sekejap sambil mengambil gambar2 mereka... heeeeee ..

Pemuzik Jalanan..

I've been thinking about things to write, but tis like having a mind block or somethin'. But, while browing the internet, i notice that google page today can be played as a guitar.. Well, this is by far, the most awesome page created by Google.. So, anybody who wants to play google guitar, type www.google.com now and start plucking your music!! You ROCK!!!

The awesome google page ever! hehehe

Google guitar..

Semalam aku pergi kedai muzik untuk mencari gitar ibanez yang baru kerana gitar ibanez yang aku ada sekrang nampak macam dah buruk dan rasa tak best.. hehehe Padahal gitar tu dah banyak berjasa dengan aku, banyak lagu yang telah aku rakam menggunakan gitar tu dan aku jamming pun pakai gitar tu.. :)

RG350M
Ada beberapa gitar yang aku telah cuba, antaranya Ibanez GRGR101LTD, GART011LTD, RG350M & JEM JR Black. Puas aku mencuba dan aku macam tertarik ngan RG350M. Warna kuning mencapap je.. hehe. Setelah dibelek2, antara yg membuatkan aku minat pada RG350M, ianya menggunakan termolo EDGE III, siap ada lock lagi, so kalau lead gila2 pon, tune gitar tak lari. Best2!

Pastu, apa yang aku lihat, pick-up yang digunakan pon brand Infinity, tak macam gitar aku sebelum ni yang hanya guna pick-up biasa je. Sound gitar tu pada aku menarik sebab bole digunakan untuk rhythm dan main chord biasa, dan bila lead pun sedap dan nyaring bunyinya.

Dari segi fizikal, warnanya sangat menarik sebab warna kuning. HEEHEE Necknya pula tak tebal sangat jadi lebih mudah untuk pergerakan tangan kedepan dan ke fret hujung.. Best!

Dan, aku lihat harganya yang affordable yang membuatkan aku nak beli tu.. heeee...

Kumpul duit!! Kumpul Duit!! Nak beli!








Gitar idaman aku ni!

Sudah lama aku impikan untuk mempunyai website sendiri untuk lagu2 yang aku cipta dan akhirnya aku telah siap membuat website tu. Walaupon masih byk lagi yang perlu aku pelajari untuk letak apa yang perlu dalam website aku tu, tp aku percaya dgn adanya website tu akan membuatkan aku mencari layout yang terbaik

WEBSITE LAGU-LAGU CIPTAAN AKU :)

Aku suka bermain muzik. Kebiasaannya, aku dan rakan2 akan berkumpul untuk jamming bersama 2 @ 3 minggu sekali. Lagu2 yang selalu kami mainkan adalah lagu2 org dan ada juga lagu2 sendiri.

Aku seorang gitaris dan juga vokalis dalam grup aku.. Sebagai gitaris, aku terlalu mementingkan jenis dan brand gitar yang aku guna.. Aku lebih suka menggunakan gitar Ibanez kerana ianya mempunya termolo bar dan sound yang nyaring.. Kerana, seringkali ketika aku bermain gitar solo, aku akan membuat bunyi nyaring seperti org menjerit dgn menggunakan termolo bar ku.. Aku juga menggunakan amplifier Ibanez ketika berlatih di rumah. Sound nya yang raw membuatkan aku lebih berminat menggunakan amplifier ini. Aku akan meninggikan volume supaya aku berasa puas untuk mendengar bunyinya. Tapi kadang2 takut jugak jiran sebelah baling batu lesung kat aku kerana bunyinya yang terlalu kuat... Hahahaha.. Hai, nasib la jiran... Lagipun, aku berlatih diwaktu ptg ketika org sibuk bersenam. heee..



Ketika jamming pula, aku lebih suka jamming ditempat yang terbuka... Ada byk sbb aku dan rakan2 berlatih dikawasan terbuka. Antara sbbnya, ia akan dapat memantapkan lagi diri kami agar tidak terlalu gemuruh didepan audience yang lalu lalang. Tempat yang aku selalu berlatih adalah sebuah pentas terbuka di pontian, johor. Nama tempat tersebut ialah Magic Eye's Studio. Owner studio tersebut,Abg Ali, sangat berpengalaman luas dalam bidang muzik.. Aku amat kagum dgn ilmu yang ada pada dirinya. Jika dibanding dia dan kami (stigmatize), adalah ibarat langit dan bumi.. Langit dan bumi beb!! haha. Ini kerana, beliau telah berkecimpung dgn muzik sejak dari usia muda dan mendapat pengalaman luas di Bandaraya KL yang penuh dgn cabaran.


Disamping itu, aku juga mempunyai 3 buah gitar tong.. Kadang2 aku tak tau nak main gitar tong yang mana satu.. Tapi, kebiasaannya, aku akan mencipta lagu2 ku sendiri dgn menggunakan gitar tong sahaja. Banyak lagu yang telah ku cipta, tapi hanya sebahagian sahaja lagu2 ku yang aku upload di Myspace Music. Mungkin, aku akan upload lebih byk lagi muzik2 aku ini. Mungkin barangakali.

til then,

Ezo..


P/s: Saat aku mengingat dirinya (S.N)

~~my guitar lies bleeding on my hands~~