Aku mula mengagumi brand Kia ni pada tahun 2005 dahulu. Masa tu aku telah membeli Kia Spectra dan ketika itu ia telah mendapat gelaran Car of the year (2004) dan bersaing dgn keluaran kereta pada zaman2 tu la. (Jangan compare ngan kereta sekarang yang lebih canggih.. Hehehe)..
Pada masa aku beli kereta tu, aku bukan beli dengan suka2 walaupun ketika tu aku nak let go kereta proton satria aku tu, tidak sama sekali akan aku cari kereta baru secara membuta tuli. Aku telah survey dan kaji dulu prestasi kereta Kia Spectra di majalah dan forum2. Aku mula untuk mencari satu platform jenis kereta yang aku suka dan akan mula beli kereta jenis tu saja (mungkin), dan aku dapati kereta Kia Spectra ni targeted untuk mereka yang berpendapatan sederhana seperti aku. Aku bukannya tak minat Honda, tp dah ramai juga yang memiliki Honda ni.. Jadi aku cuma nak lain dari yang lain dan guna mengikut kemampuan duit aku ni..
Cuma satu je la yang pelik bila ramai yang mengatakan sparepartnya mahal.. Pelik kerana aku tertanya2, sejak bila pula kereta2 import ni mempunyai sparepart yang murah seakan - akan kereta proton.. Ntah2 sparepart ori Proton dulu pun mahal... Heee.. ada org org jugak berfikiran gitu..
Dan ada jugak org kata kereta Kia ni kuat consume petrol. Dah yang beli kereta kia tu sebelumnya pakai Proton or kancil or myvi, pastu nak compare ngan kereta tu, memang la terasa minyak banyak makan. Tapi pada aku, ia tidak la makan minyak banyak sangat.. Lebih kurang sama je masa aku pakai pakai Proton Satria, dan kalau lenjan sampai 120 - 130 km/s, mmg la minyak abis.. hehehehe.. (aku bukan compare ngan kereta kita sekarang yang jimat minyak, tapi kereta pada masa zaman2 sebelum pengeluar kereta fokus pada penjimatan minyak) Hehehe..
Aku akui pada awal tahun 2000, mmg alat ganti kereta2 korea ni payah nak dapat dimana2, tp, ianya masih boleh didapati di Service center la.. takkan la nak cari kat kedai2 Ah Lek dan Ah Siau lak.. Tapi sejak Malaysia menekankan strategi 3S (Sales-Service-Spareparts), maka mudah la untuk pengguna mencari service Center dan alat ganti kereta2 import ni... Malahan, NAZA pon telah membina kilang pemasangan kereta beberapa model Kia di malaysia ni.. tu belum ambil kira model2 lain...
Dan pernah aku dengar keluhan dr seorang kawan tempat kerja yang pernah ada Spectra kata kereta ni gear autonya cepat rosak.. Terkejut aku, sebab so far, alhamdullilah kereta aku masih berfungsi dgn baik.. Aku tertanya2, mcm mana caranya dia servis kereta, adakah dia pergi ke Kia servis center, atau kedai mekanik biasa Ah Lek dan Ah Siau.. Minyak ATF untuk gear auto yang aku guna ialah NAZA ATF Dexron III, n tak pernah tukar jenisnya sejak pakai... Alhamdullillah, masih lagi elok..
Pendek kata, kerana cerita2 macam inilah yang membawa kepada penganaktirian kereta2 korea di Malaysia dan market pricenya pula jatuh sebab permintaan yang sgt2 kurang untuk beberapa model KIA... Sian aku... HHAHAHAHA.. ke padan dgn muka aku...? Entahlah..
Tapi apa2 pun, aku sekarang tengah target kereta 2 pintu, Kia FORTE Koup 6-speed.. Entah bila la dapat beli.. tgh sabar ni....
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nak dapatkan sumber air pada PH level yang agak neutral? BUKAN air R.O ye.. Memperkenalkan penapis air LG yang menapis keladak, kotoran dan kimia berbahaya.
Untuk dapatkan info tempahan penapis air LG ni, boleh klik pada link wasap number berikut www.wasap.my/601118660017/NakInfoPenapisAirLG
17 comments
wah..sama la..nak FORTE tu jugak..tp yg 4 pintula..perancangan ms depan..haha
Salam bro,
Join us in www.mynazakiaclub.com
Salam bro,
Join us in www.mynazakiaclub.com
Bro aku baru beli Kia Spectra second hand harga tahun 2004 aku ketuk sampai RM10 000.keta memang cantik satu owner skirting siap pasang.Keta satu owner semua original tak modified.Skirting tepi depan dan belakang pun ada ala Novus.banding dengan wira,aeroback second hand tahun yang sama rasa tak dapat RM10000.Dahlah tu kebanyakkan kereta wira dah modified habih.Kia Spectra ni aku beli kat mudah.Harga kalau bawah RM10 000 memang cepat orang beli.Takde fikir 2kali.
Nak beli kia rio secand 2010 tp takut ler mcm2 andaian negetiflagi bnyk dari fositif tolong pencerahan
samalah sya pun nak beli jgk jenama kia ni.. model kia forte 2.0sx sedan.. tpi masih risau dgn sparepart dya hahahaha... bak kata pepatah.. berat mata memandang berat lgi badan memikul.. tak gitu?? wkwkwkw...
so crta skrg ni.. aq akan ambil jenama kia ni..yg model forte je lah.. kalau spectra ni.. mmg banyak yg tunggang langgang.. kikiki.. mmg bnyk kburukan pada zmn pmbuatan si spectra tu.. sya syorkan ambil lah kereta luar negara yg start 2010..sya dah selidik segalanya.. spare part kia forte tiada beza harga dgn waja tu boss..hrga sama je..service lbih kurang je.. yg buat sya meluat dgn proton ni..benda yg spatutnya x rosak..jdi rosak..contohnya.. power window boss.. button and power window tu.. dalaman kereta.. bukan yg duduk kat kluar kereta..yg tu pun blh rosak..wtf... ntah apa dorg cipta benda mcm tu.. cammon guys beli lah kereta luar negara..percayalah.. lebih smooth..lbih berkeyakinan ketika memandu..lbih jimat petrol..dan tak perlu lah mcm proton hbis 1 rosak..ada pula 1 rosak.. yg tu kereta proton dha hbis ccm.. wkwkwkw.... aq dha kena proton waja ni.. so cukup lah proton trima kasih ats segalanya..๐๐๐
jgn lupa beranikan diri beli kereta luar negara.. belum rasa belum tau..
Samalah boss .. tengah cari2 info ni haha tapi tu lah banyak yang negatif pasal kia ni aduii
tula perancangan nk ambil kia forte 1.6 sx.. risau sbb byk komen negatif..
Ak tengah survey KIA Forte 2.0 sebab ak nak beli cash untuk 2nd below RM30K. Dari ambil perodua dan proton 2nd baik ambil jenama lain yang harga lebih kurang. So far KIA Forte 2.0 menjadi idaman ak.
untuk kia forte 2.0 tahun 2010 kalau nak beli rasanye berbaloi ke?
saya takda kereta Kia ni tapi company tempat saya kerja ada sebijik kia sportage 2014,saya yg guna kereta tu,milage dh 100k lebih..tak pernah buat hal..cuma underpower saja sbb cc2.0 body besar..sejak 2014 smp skrg 2020 baru sekali jd aircon tak sejuk..dr segi elektonik semua lain2cantik.. memang takda hal..mrmang bebaloi kalo pakai sendiri..jgn dgr ckp2 org yg tak tak p guna kereta ni..
Aduhhh.. Saya ni ha ada rakan na jual kete kia 2013, tapi bila tanya dengan ke kawan, ramai Yg negetif cakap kia optima nak tukar timing bellpun beribu kena keluar dan bebarangnya susah dapat dan mahal,
Saya tinggal Johor bahru.
Minta pencerahan sahabat
Awak ke Service centre kia
Tanya Rekod samada Kereta yg Nak dibeli ni pernah tak Svs di Kia
Rekod Kia ni on line di mana mana
Ramai yg tak tau Sebenarnya kita Boleh tanya apa apa masalah di Kia utk jenama yg kita Nak wlupun secondhand
Nak tau harga spare part pun boleh
Saya minat jugak KIA Forte ni.tapi ramai org kita beranggapan negatif dengan KIA.saya tgok kebanyakan nye orang2 berbangsa cina, ramai yg pakai kereta KIA..mcm takde masalah je, saya pn tanya jugak..oky ke kereta KIA ni, diorg cakap oky je.asalkn servis pada masanya.confirm takde masalah..haihh org kita ni skrg macam2 andaian. Adakah benar produk dari KIA bermasalah atau pn yg selama ini kita dgar hanyalah mitos semata2..
Saya baru pakai kereta KIA Optima 2.0 2004 sedap beb puas hati bawak.walau pun dah seusia kereta Proton Waja aku yang sentiasa rosak yang tak ada penghujungnya.
kwn boss dh pkai ke kia optima tu.klu diaorang dh pkai kia optima tu dan cakap spare parts mahal lebih baik boss x payah pakai.tapi klu kwn boss pakai myvi dn proton cerita bak kia ni nmpak sngatlah kwn2 boss tu buat gempar je.dlu pun sy x berani juga beli kia .skrng alhamdulilah sy pkai kia optima 2005.ok je.spare part senang pun senang.
Sy nak beli secondhand kereta Kia rio wagon 1.5cc.spare part susah dapat ke?
Post a Comment