Baru2 ni kawan aku telah bagitau harga emas tengah naik. Wow, untung la bagi sesiapa yang ada emas. Kalau jual tu dapat untung banyak la jugak.. Untung ke? entah la, pada aku walaupun untung tu nampak besar, tp jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi yang tak menentu dan inflsi skrg ni, duit keuntungan tu kalau dipadankan dengan kuasa membeli barang2 pada masa ini, kuasa membeli tu tidak dapat menandingi kenaikan kebanyakkan harga barang skrg ni. Pendek kata, kalau harga emas naik sekali pun, jika harga barang pon naik, berapa byk sgt la "keuntungan" yang dapat tu... Entah la, mungkin kalau sapa yang beli atau melabor emas dgn banyak, bole la dapat byk keuntungan kot.. heee
Walaupon begitu, aku juga ada terpikat emas jenis 999 ni.. Emas ni nampak berat dan dikatakan "lembut" sebab tak banyak pattern yang bole dibuat berbanding dengan emas 916. Tp aku rasa, alang2 nak beli emas, baik beli yang 999 ni, ianya lebih berat dan nilai tukar@jual lebih tinggi. Cuma, apa yang aku tau, emas 999 ni cepat pudar dan kusam.. Pada aku, emass 999 ni lebih baik dijadikan pelaburan disamping dijadikan barang kemas perempuan.. heee.. Esok, mana taukan kalau2 harga emas melambung lagi.. Baru2 ni telah diwartakan harga emas meningkat sehingga RM190/gram.. Banyak jugak tu kan? hehe
No comments
Post a Comment