Aku juga dah mula rasa kelainan berpuasa dan berhari raya sejak tahun lepas lagi kerana aku dah dua kali berpuasa di Melaka.. Tahun ni dah masuk tahun kedua aku berkerja di Melaka. Kadang2 teringat ketika berpuasa di tempat lama bersama2 rakan2 di Mersing, Johor.. Ada ketikanya aku berbuka puasa bersama rakan2 di tepi pantai, di tepi sungai dan kadang2 di tepi jalan pun ada.. Teringat saat2 macam tu bersama kawan2 lama. Dan kini, aku dapat berpuasa bersama rakan2 baru dan juga orang yang ku syg selalu, mak su... Umuah!!
Dari segi perbelanjaan pada tahun ni pulak, agak banyak la barang2 yang dibeli.. Puas juga membeli sebab alhamdulillah, ada jugak dapat bonus raya pada tahun ni. Cuma komen aku, ekonomi pada tahun ni agak kurang memberangsangkan, kita dapat lihat harga bahan2 mentah meningkat (apatah lagi sewaktu hari raya). Kerajaan dan pelbagai pihak patut membuat sesuatu untuk mengurangkan bebanan ni agar rakyat di negara ini dapat hidup sejahtera dan kurang merasai tekanan ekonomi yang kurang stabil sekarang... Kalau rakyat disuruh berbelanja dgn berhemah, kerajaan juga patut sedar yang kerajaan juga patut berbuat perkara yang sama... :) (sempat lagi aku ni berpolitik sikit).
Di akhir kata, sempena hari raya yang bakal menjelma, dan dikesempatan ini, aku ingin memohon maaf sekiranya telah menyakitkan hati sesiapa melalui penulisan aku ini dan pada sesiapa yang kenal aku di luar sana, aku juga ingin memohon beribu kemaafan sekiranya sewaktu kita pernah berkerja dibawah satu bumbung, aku telah tersilap kata atau tersilap ambil. Pada bekas pelajar2 aku di Sekolah Menengah Sains Iskandar, Mersing, selamat berhari raya. Kepada bekas pelajar di Matrikulasi, selamat hari raya & selamat maju jaya di tempat yang baru.
Maaf di pohon dan Selamat Hari Raya pada semua..
No comments
Post a Comment