Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog

Kalaulah aku ni kaya... KAYAA!!!!!!

POP vs DUNIA
Aku bermula main gitar sejak dr habis SPM lg, dan aku ada la beli beberapa gitar dan juga cube beberapa gitar. antara yang aku minati ialah Ibanez.. Seawal muda, aku dah start dgr lagu2 rock kapak la sejak dr form 1. Kemudian aku mula berjinak2 dgr lagu2 glam rock sebelum bertukar minat mendengar lagu2 metal zaman2 90an. Pada masa tu aku pun dah mula berjamming lagu Metallica , Megadeth, GNR, KOrn, dan mcm2 lah.. 

Memandangkan aku memerlukan gitar yg lebih berfokus kepada sound2 yg garang, jd aku pun memilih Ibanez sebagai gitar aku.. Sehingga sekarang aku masih lagi menggunakan Ibanez. Aku pernah juga mencuba Fender, soundnya mmg sedap, tp pada pandangan aku, hanya pemuzik yg versatile yg sesuai guna Fender, manakala aku menganggap diriku hanya bergenrekan rock sahja. 

Aku juga suka menulis lagu dan sehingga kini aku telah merakam dalam 20 buah lagu yg mana hanya 15 sahaja yang aku upload di Internet. Masih lagi terdapat byk lagu2 yg belum aku rakam dan mungkin sekiranya ada masa aku akan rakam beberapa buah lagu lagi dgn menggunakan Ibanez!   (T_T)

Baru2 ni aku terlihat Ibanez series RGA dan aku sgt teruja dgr soundnya.. Aku rasa sound lagu gitar yang aku rakam tu lebih kearah lagu2 pop rock, jd aku inginkan sound yang lebih garang supaya aku dapat merakam lagu berentak Hard Rock. Masa aku cube try test gitar tu di kedai, aku betul2 kagum ngan bentuk gitar tersebut yg nipis sedikit dr gitar yg aku ada, memudahkan untuk aku "menggoreng" gitar a bit fast. tp bila tgk harganya, aduhai, rasa macam tak taulah bila bole beli... ahak... Takpe, aku nak kumpul duit la gamaknya... hohohoho

So, anybody out there who knows how to play guitar, what is your favorite?  :)



No comments