Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog

Kriket oh Kriket!!

POP vs DUNIABola sepak bukanlah permainan kegemaran ku, dan aku akui aku ini adalah seorang yang berkaki bangku.. Namun, adakah maksud kaki bangku itu sendiri melambangkan seseorang itu tidak tahu untuk barmain sukan bola sepak sahaja.. Entahlah, aku bukan pakar bahasa melayu dalam konteks ini.. Tetapi untuk menyatakan yang aku ini kaki bangku adalah tidak tepat juga.. heee.. Ada bermacam sukan lain yang aku masih tahu seperti Bola Keranjang dan Kriket..Ya!! Kriket.. Antara sukan yang tidak ramai menggemarinya.

Banyak permainan sukan yang menggunakan kaki yang aku tak berapa mahir, antaranya bola sepak, sepak takraw etc. Aku lebih banyak mangaplikasikan tangan dalam sukan permainan yang aku minat.. Even bermain gitar dan dram...(bukan sukan la plak)..

Baru sebentar tadi aku telah bermain kriket dengan sekumpulan budak2 muda yang ternyata sebahagian dari mereka memang berpotensi dalam permain elit ini.. Aku menggemari permainan ini kerana tidak ramai yang berminat, dan ianya banyak menggunakan skil tangan dan kaki.. Sebenarnya, dah 2 bulan aku tidak bermain kriket, jd terasa sedikit kekok dari pengawalan permainan.. Maklumla, join budak2 muda yang hormon tgh tak seimbang (hahahaha) dan banyak stamina.. Sehingga ada bola yang terkena dagu dan muka budak2 tu... Hebat!! Dah la bola tu keras kemain... hehe...

Harap2 tak bengkak la dagu budak tu, karang ada yang rupa macam firaun.. huhuh

K, adieus

No comments