Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Sewaktu ketika dulu, aku mempunyai Kereta Kia spektra. Kereta tu dah banyak berjasa pada aku. Bukan setakat aku je, malah telah berjasa terhadap isteriku , anak ku dan juga kawan ku bob. Telah byk tempat kereta tu dah pergi, baik dari selatan ke utara ke timur dan barat semenanjung. Mungkin kerana telah lama berjasa, ianya telah sampai ke kemuncak setelah mencecah perjalanan sejauh 270,000km dimana kereta aku telah breakdown di highway Utara - Selatan. Waktu tu aku dan keluarga aku sedang dalam perjalanan pulang ke pontian. Namun apakan daya, perjalanan aku yang bermula dari Masjid Tanah telah terkandas di Yong Peng. Lebih menakutkan, kami terkandas hampir tengah malam.

selamat tinggal kia spektra :(

Manusia ni kadang2 tak puas dgn apa yang mereka ada. Baru2 ni, dengan kenaikan gaji baru yang diumumkan oleh kerajaan, ada diantara kita yang telah memasang angan2 untuk membeli sesuatu yang baru. Ada yang memasang angan2 untuk membeli barang2 sekolah anak, renovate rumah, beli kereta baru, dan ada jg yang aku dengar ditempat kerja yang mau isteri baru! hahaha.. eloklah tu!

Apabila kita telah pasang angan2 untuk beli sesuatu yang baru, kdg2 kita lupa yang ianya juga akan menambahkan lagi beban hutang. Contohnya beli kereta baru, hutang bertambah lagi walaupun kereta lama telah di trade-in. Secara teori, mungkin tempoh hutang menjadi panjang dan bayaran ansuran pula semakin banyak.. Heee. Kalau ada duit lebih tu, tak payah la beli kereta baru, upgrade je kereta yang sedia ada.. Tak pun kalau rasa2 nak jugak pakai kenderaan baru, buat je macam dalam gambar tu, lukis dan lekat je... dah jadi kereta mahal.. hahaha "ISTIMA" pulak tuh! *wink*

Toyota "special edition 2011" :P

Apabila sebut pasal kereta kia ni, aku pun kurang pasti la kenapa Malaysia ni menganaktirikan kereta ni.. Ada yang kata sparepart mahal n susah cari, guna petrol banyak, gearbox cepat rosak, ntah lah..


Aku mula mengagumi brand Kia ni pada tahun 2005 dahulu. Masa tu aku telah membeli Kia Spectra dan ketika itu ia telah mendapat gelaran Car of the year (2004) dan bersaing dgn keluaran kereta pada zaman2 tu la. (Jangan compare ngan kereta sekarang yang lebih canggih.. Hehehe)..

Pada masa aku beli kereta tu, aku bukan beli dengan suka2 walaupun ketika tu aku nak let go kereta proton satria aku tu, tidak sama sekali akan aku cari kereta baru secara membuta tuli. Aku telah survey dan kaji dulu prestasi kereta Kia Spectra di majalah dan forum2. Aku mula untuk mencari satu platform jenis kereta yang aku suka dan akan mula beli kereta jenis tu saja (mungkin), dan aku dapati kereta Kia Spectra ni targeted untuk mereka yang berpendapatan sederhana seperti aku. Aku bukannya tak minat Honda, tp dah ramai juga yang memiliki Honda ni.. Jadi aku cuma nak lain dari yang lain dan guna mengikut kemampuan duit aku ni..

Cuma satu je la yang pelik bila ramai yang mengatakan sparepartnya mahal.. Pelik kerana aku tertanya2, sejak bila pula kereta2 import ni mempunyai sparepart yang murah seakan - akan kereta proton.. Ntah2 sparepart ori Proton dulu pun mahal... Heee.. ada org org jugak berfikiran gitu..

Malaysia meng"anak-tiri"kan KIA? :)

Ada banyak kenderaan yang aku nampak kat malaysia ni, tp semalam, aku betol teruja apabila aku nampak satu kenderaan parking di kawasan pekan di Johor. Selama ni aku hanya mendengar hanya sultan Johor sahaja yang menggunakan kenderaan ni, tp kini, rakyat biasa pun dah mampu membelinye..

Semasa aku lihat dari jarak dekat, aku kagum dgn bentuknya... Walaupon ianya tak sebesar yang aku janggkakan mcm dalam tv or movie, tp ianya sudah cukup untuk membuatku rasa teruja... Smart dowh.. dan aku rasa macam nak beli je satu hari nanti.... Kenderaan yang aku cakapkan ini ialah Hummer.. Yang aku nampak ini ialah Hummer H3.. mmg lawa


Hummer H3 ni adalah jenis Hummer SUV dan yang terkecil dibuat oleh General Motors.. Arnold Schwarzenegger pon pakai yang macam ni tp Hybrid.. canggih seh, teruja macam nak pakai je.. hehehehe

Hummer H3