Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog

- malam yang panjang -

POP vs DUNIASehingga akhir bulan ni, genaplah 1 tahun aku menetap di Melaka.. Sejak dari mula aku berada di sini, kehidupan aku sgt jauh berbeza dari kehidupan aku di tempat lama. Byk perkara telah berubah, dan aku mula menyesuaikan diri aku disini, baik dari segi cara hidup, pemakanan dan pergaulan aku.

Tp yang paling aku rasai pada mulanya ialah kesunyian yang ketara. Aku kurang kawan2 untuk keluar minum2 diwaktu malam selepas bekerja, malah ditempat kerja juga. Bole dikatakan, sejak aku berada disini, kesunyian ialah teman terbaik buat diriku..

Sejak mula menetap di sini juga, aku mula hobi baru dgn membeli kamera DSLR bersama lense 70/200mm.. Selain tu, aku mula menulis dan merakam lagu2 baru aku dan kini dah hampir 20 lagu yang aku cipta.. Tapi semua tu tiada apa2 makna tanpa ada orang disisi untuk dikongsi bersama tika itu.. I am fragile..

Atas apa yang berlaku pada diri aku, sekarang mungkin itu petunjuk dari-Nya untuk aku mula settledown dan mulakan hidup baru bersama orang yang aku kasihi.. Aku tak ingin hidup kesepian lagi, aku ingin menjadi seperti org2 lain yang bahagia mempunyai teman dalam hidup mereka.. Dan kini, dgn umur aku sekarang ni, aku yakin dan bersedia untuk menghadapi semua itu dan menjadi orang yang baru bersama2 dgn org yang aku kasihi.. Insyaallah, harap segalanya berjalan lancar..




XOXO M.S

No comments