Berkenaan dgn logo halal, aku difahamkan logo halal yang diguna pakai dimalaysia ni pada awalnya dikeluarkan oleh kerajaan negeri, tp telah diseragamkan satu negara. Bermaksud, logo halal di Malaysia ni hanya mempunyai 1 logo halal yang digunapakai dan mempunyai nama malaysia yang tertera di logo itu.
Aku tertarik pada satu persoalan yang dibangkitkan oleh pegawai dari jabatan agama itu, dia telah mengatakan banyak negara sekarang telah mengeluarkan logo2 halal islam. Antaranya, di Australia mempunyai 13 logo sijil halal, Malaysia 1 logo sijil halal, even Thailand dan China juga mempunyai logo halal. Malahan, di Israel sendiri mempunyai logo Halal Kosher (aku difahamkan sembelihan ahlil Kitab). Persoalan yang dibangkitkan yang kita sendiri tak sangka, di negara Arab Saudi tidak mempunyai sijil halal. Adakah makanan2 sana dapat dipastikan halal sedangkan hampir 50% rakyat yang berniaga dinegara itu datang dari negara luar.. Halal ke? Wallahualam.. Tuhan saja la yang tahu..
Aku ada juga tanya beberapa ustaz yang pernah stady di sana, katanya, hakikat tu ada kebenarannya kerana banyak barang2 negara luar yang dibawa masuk. Katanya, kalau nak makan pun kena pergi tempat yang terpilih... Terpulang pd kita untuk menilainya..
No comments
Post a Comment