Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog

~0f feelings and logic~

POP vs DUNIASusah juga bila nak cerita ttg hati dan perasaan ni.. Kadang2 kita rasa semuanya akan berjalan lancar (walaupun ada sedikit hiccups), ttp banyak yang kita tak ketahui bahawa ianya belum tentu akan menjadi seperti apa yang diharapkan.. Jauh sama sekali seperti apa yang telah dirancangkan.. Begitulah yang terjadi pada diri ini sehingga aku sering berkata aku lah yang menjadi punca segala2, sedangkan aku tahu, segala apa yang terjadi dlam kehidupan ini, selalunya berpunca kepada semua pihak samada mereka tau secara sedar atau pun secara tak sedar, atau pun juga yang buat2 tak sedar kerana sering mencari seseorang untuk di persalahkan..

Acapkali, kita juga selalu sukar untuk berfikir secara logik dan menjadi seorang optimistik dlm menentukan dimana sebenarnya letak hati dan perasaan kita ini. Apa yang aku lihat, semakin kita meningkat dewasa, semakin kita berfikir tentang masa depan yang akan menentukan kerjaya dan cinta yang sekaligus akan menentukan dimana sebenarnya arah hidup kita.. Banyak perkara yang boleh membuatkan kita menjadi lebih matang dalam mengharungi semuanya dalam kehidupan, lebih2 lagi pengalaman yang kita telah lalui dan seharusnya ia dapat membuatkan kita berfikir dgn lebih logik.. Sekali lagi, apabila kita berbicara ttg hati dan perasaan, adakalanya susah juga untuk menentukan mana yang logik, mana yang tidak..

Berdasar apa yang telah kulalui pada tahun ini, aku sering beranggapan yang aku ini mungkin terlalu "perasan" agaknya sehingga tidak dapat menduga apa yang bakal terjadi.. Tidak pernah terfikir jauh disudut minda ini bahawa kematangan seseorang itu menjadi ukuran dalam menilai hati seseorang dalam era sekarang.. Sekiranya ianya terlalu rumit untuk memikirkan pendapat2 dari pengaruh luar bahawa kematanganku ini menjadi punca segala-galanya, aku sedar sedar sekarang betapa nilai kematangan itu memainkan peranan penting pada pandangan sesetengah pihak. I cant do much to persuade people about dat, and it makes sense now, either one of us needs to grow up to think what we want in life and perhaps, change the course of our life... All i know, i've made my decision on what i wanna be in life but stil could not achieve it..
aku sering berdoa dan berharap aku tidak selalu dibelenggu perasaan yang kelak akan mengaburi logika diriku ni..

1 comment

madena said...

kdang2 jd perasan ni lg bgus drpd org yg xde perasaan lngsung....