Powered by Blogger.

Wednesday, January 28, 2015

TROLL lagi! TROLL lagi banyak - banyak.

trollSekiranya kita berbicara tentang trend di dalam Internet, terdapat satu trend yang pasti kita ketahui dan kadang - kadang terikut untuk melakukannya. Troll. Ya, troll. Aku tidak berapa pasti sejak bila bermulanya aktiviti troll di dalam alam siber ini, namun kehadirannya sahaja sudah cukup menggamatkan keadaan. Secara umum, aktiviti troll ini biasanya merupakan satu perkara atau perbuatan yang disebarkan di dalam Internet dimana kebiasaannya untuk menyakitkan hati orang lain dan berkemungkinan menyebabkan perpecahan. Bermula dari rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu (kadang - kadang hanya sekadar mengenakan pihak lain), kemudian ianya diterjemahkan dalam bentuk hujah - hujah, visual - visual sindiran dan kutukan yang panas, dan kemudiannya dipanjangkan secara online melalui media sosial, chatroom dan blog sebagai contoh.
Kalau dilihat, tindakan tersebut adalah dengan niat untuk memprovokasi pembaca dalam memberikan respon dan tindakbalas secara emosi tentang isu yang dibawanya. Kalau dilihat juga dewasa ini, ianya banyak melibatkan politik dan politikus kerana umum mengetahui terdapat tindakan yang tidak disukai oleh sesetengah pengikut - pengikut mereka terhadap pihak pembangkang atau juga pihak kerajaan. Mungkin terdapat baiknya kita mengetengahkan isu - isu yang boleh dibahaskan namun sekiranya diselitkan dengan unsur - unsur Trolling, sudah semestinya akan menyebabkan kekalutan yang boleh terbawa - bawa ke alam realiti.

TROLL: Baik atau Tidak?

Publisher: E Jay - 1/28/2015 03:54:00 PM