Powered by Blogger.

Monday, May 26, 2014

Filled Under:

antara cadbury hazelnut dan DNA babi porcine

Share
dna babi porcineSudah pasti ramai diantara yang sememangnya penggemar chocalate jenama Cadbury. Dengan produk yang telah lama berada di pasaran Malaysia, sememangnya ianya telah begitu dikenali di kalangan semua masyarakat di sini. Pelbagai produk keluaran Cadbury yang berada di pasaran dan dihasilkan oleh syarikat konfeksionari yang terbesaridi dunia selepas Mars ini antaranya produk2 chocolate dairy milk. Dengan variasi produk coklat yang dihasilkan dalam bentuk bars, bungkusan kotak & plastik dan juga minuman di Malaysia, sudah semestinya Cadbury harus mematuhi peraturan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam untuk pengguna muslim.

Dairy Milk Hazelnut

Promosi Cadbury Dairi Milk Hazelnut ini sememangnya begitu menarik perhatian kerana produk ini juga begitu diminati ramai. Sedang produk ini yang telah berada lama di rak-rak kedai, pasaraya, etc, seharusnya kita tidak was2 untuk membelinya. Namun begitu, kita telah dikejutkan dengan satu gambar laporan makmal bagi produk Dairy Milk Hazelnut ini.
DNA babi cadbury
Laporan itu jelas sekali menyatakan bahawa "Sampel Susu Dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk" mengandungi dna babi PORCINE. Yang menjadi persoalan sekarang, merujuk kepada tarikh laporan iaitu pada 27 Feb 2014, bagaimana produk ini boleh berada di pasaran setelah disahkan status ketidakhalalannya? Setelah mungkin produk ini telah dibeli oleh pengguna - pengguna terutama sekali pengguna muslim, sudah pasti ianya mendatangkan satu persepsi negatif terhadap pihak2 yang terlibat dalam isu ini baik dari penjual sehinggalah pihak yang menjalankan tugas untuk memantau semua produk2 makanan di malaysia.

Laporan dari Kementerian Kesihatan

[caption id="attachment_1428" align="aligncenter" width="631"]Dna babi cadbury Laporan muka 1[/caption] [caption id="attachment_1430" align="aligncenter" width="632"]dna babi cadbury Laporan Muka 2[/caption]
Akhirnya laporan dari kementerian Kesihatan telah dikeluarkan dan ini mengesahkan kandungan dna babi Porcine yang terdapat didalam Cadbury Dairy Milk Hazelnut. Dengan pengguna muslim yang berasa was - was atas kemunculan laporan yang mengatakan terdapat dna babi porcine ini, isu ini bukan satu yang pernah berlaku sebegini. Terdapat banyak lagi produk syarikat lain yang perlu juga diambil perhatian.
“We understand how important Halal is to the Muslim community. It is also of the highest importance to us here at Cadbury. Ensuring that all our products made here in Malaysia are Halal is something we take very seriously,” Raja Zalina said. - The Star
Dengan kenyataan dari Ketua Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zainal Raja Safran berkata Cadbury kini telah melibatkan diri secara aktif dengan pihak berkuasa berkenaan untuk menyiasat kedua-dua kelompok produk coklat yang yang didapati positif DNA babi Porcine. Tambah beliau lagi, produk kelompok Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor 200813M01H I2 yang tamat pada 13 Nov, 2014 dan produk kelompok Cadbury Dairy Milk Roast Almond bernombor 221013N01R I1 yang tamat pada 15 Januari 2015 akan ditarik dari pasaran dengan segera.

Penarikbalikan Sijil Halal

Rentetan dari laporan makmal dan kenyataan dari Kementerian Kesihatan tentang dna babi porcine, pihak JAKIM melalui kenyataan rasmi telah menggantung atau menarik semula sijil halal syarikat terbabit berkuat kuasa serta merta sementara menunggu hasil siasatan selanjutnya.
dna babi cadbury
dna babi cadbury
Akhirnya, semua pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan kepada konsumer seharusnya lebih peka terhadap isu halal di Malaysia ini di mana produk2 mereka haruslah disahkan halal sebelum memasuki pasaran.
Pautan: ezuddin.com

0 comments: