Powered by Blogger.

Friday, March 21, 2014

Filled Under:

My Kawasaki ER6n

Share

Kawasaki ER6n



Sejak dari di universiti lagi aku berhajat untuk memiliki motor berkuasa besar. konon2 bila dah start kerje tu aku nak beli n jadi rider sepenuh masa. Entah kenapa hajat tu "hilang" di tengah jalan. Bila start kerja di Affinbank dulu, aku terus beli kereta Proton Satria. Kemudian bila start jadi cikgu di SMSSI Mersing, aku tukar guna kereta Kia Spektra plak.


Kemudian, tak tau dari mana datangnya, minat tu kembali semula. Setelah lama aku memandu Kia Spektra, setelah aku pergi kemana2 sahaja, barulah rasa nak beli motor besar. Sepatutnya, sewaktu bujang lagi aku sepatutnya guna motor besar untuk kemana2. Tp, setelah berkahwin, barulah cita2 tu datang kembali. Heee..

Sebelum aku nak beli motor berkuasa tinggi ni, puas jugak aku dan isteri pergi survey motor. Di samping itu, aku juga survey finance company dan bank yang bole biayai motor yang bakal aku beli tu. Akhirnya aku pon ingin memiliki Kawasaki ER-6n dan isteriku juga setuju ngan idea aku tu. Untuk pinjaman motor pulak, ada beberapa choice antaranya yang aku tau, boleh buat ngan Maybank dan RHB.

Aku beli motor tu di  salah satu kedai dibandar Melaka, BLH MOTOR  yg mana ramai yang kata harga di kedai tu berpatutan dan pekerjanya pon friendly. Aku pon tak pasti, mungkin betol atau mungkin juga sebaliknya. lagi pon, mustilah tuan kedai kena friendly untuk attract customer, kan? :P Apa yang aku nak, bila aku beli motor tu, ada beberapa barang yang aku boleh dapat free! (konon free la, padahal dah mark up kot). Ada sesetangah kedai yang cume memberi voucher rm600 utk pembelian motor besar tu. Voucher rm600 tu cukup ke nak cover brg2 lain seperti Helmet full, Jacket, Kasut, Glove, Slide protection dll? Rasanya mcm kene top up, tapi kedai yang aku pergi ni, aku dapat helmet, glove, jacket, radiator protector, dan slide protection. Aku tak tau la kedai lain cemana plak, mungkin setakat dapat voucher rm600, or mungkin ada lang dapat lebih lagi dari apa yang aku dapat ni.


Sepanjang aku ride kawasaki ni, ada juga satu masalah yang berlaku yang bukan disebabkan oleh aku, antaranya ialah radiator fan tak hidup. Pernah satu ketika sewaktu aku berhenti untuk mengisi minyak di Petronas, tibe engine overheat dan coolant aku meleleh keluar dari hos kat bawah engine. Cuak gak aku. Aku terus ke kedai motor berhampiran untuk tau apa sebabnya, dan seperti jangkaan, mmg radiator fan tak berfungsi. Aku nak tukar kat situ tapi tokei kedai kata baik pg claim warranty kat kedai masa beli dulu. Free je katanya. Dan ada satu lagi masalah yang aku dengar ialah tentang valve patah. Pernah ada kes valve ni, dan disarankan selepas 10,000km, kene buat valve clearence.

Tentang maintenance, aku yang aku perasan, kebanyakkan dari kita tidak refer dari buku yang diberikan oleh Kawasaki. Dalam buku tu, ada diberikan jadual untuk kita maintai motor kita, baik dari segi penukaran minyak engine sehinggalah yang lebih teknikal. Jadi, rajin2 lah kita lihat jadual maintenance dalam buku yang diberikan.




Akhir kata, motor besar ni memerlukan penjagaan sama seperti kereta. :)

6 comments:

Anonymous said...

Salam.bang nak tanya sikit, agak2 ketinggian 159cm boleh tak bawak motor ni?plan nak angkat sebijik,tapi takut kat traffic light nanti tergolek pulak,hihihi

nora fadly said...

Hi sume, sy amat berminat dgn ER6N keluaran 2014,tpi asenya ada lgi x msaalh valve patah?? bley komen

E Joker said...

Rasanya pernah nampak orang yang berketinggian sederhana ride, cuma kena pakai kasut mcm lagon sebab heels tinggi.

Masalah valve patah, kalau mengikut penerangan dari buku servis, valve kene servis dalam 10ribu km.

So far guna ER6N takder masalah. Ni dah masuk tahun kedua guna.

Anuar said...

Kos service tinggi x? Penggunaan petrol brape liter/100km

Anonymous said...

Mcm mana Nak lulus lesen b full Kalau tinggi Tak cukup bawak er6n ni ?

Mohamad Azrani Daud said...

Er6 ni rendah je.org pendek bleh bawa.minyak mcm kancil.valve patah xde isu dah.