Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Aku tak tau apa lagi yang menarik ttg gerai ni. Masa mula2 aku dtg tempat ni sewaktu berpindah di melaka, aku dapati kedai ni jual makanan yg agak2 eksotik sebab antarnya ada jual ikan patin n siput sedut. Pada masa tu, harganya boleh tahan la sebab tak terlalu murah n tak terlalu mahal. Sekiranya aku makan nasi n ikan patin bersama air kosong, harganya bole mencecah hingga ke rm6.00 sahaja.. Aku tau dgn harga tu bole dikatakan murah sebab ada gerai dipahang yang menghidangkan hidangan patin yang berbelas2 ringgit malah berpuluh2 ringgit..

Tapi, itu ikan patin. Aku boleh paham. Pernah satu ketika aku makan nasi ikan n sayur, harganya rm4.00, kemudian pada hari berikutnya, aku try nasi, ikan kering kecil n sayur, JUGA RM 4.00?!!! Aku dah mula rasa sesuatu yang pelik ttg kedai ni... Dan, sejak dari hari itu, aku mula mendengar keluhan sesetengah org ttg gerai tersebut. Ramai yang mengatakan harga di gerai itu mahal dari gerai2 yang lain. Aku pun pelik kenapa harganya begitu sedangkan dari segi lokasi, gerai itu sgt strategik dan bole dapat pelanggan yang ramai. Tp, kenapa perlu terlalu mahal? Hmmmm

Kemudian, baru aku terasa kemahalannya. Beberapa hari lepas, aku makan kerang semangkuk bersaiz sederhana besar, 5 batang bendi, nasi n air suam. To my surprise, makcik tu kata semuanya berharga RM10.00!!! terkejut beruk aku, tp malas aku nak sound dia. Takkan harga bendi mahal kemaong kot? takkan kerang mahal kemaong kot? kalau rm6.00, aku bole terima lagi... ni Rm10.00.. Kalau kat kedai2 luar pun, harga kerang semangkuk paling mahal pon aku tgk rm4.00 sekarang. Giler la...

So sekarang, aku dah malas nak pergi kedai tu... Dan pada sesiapa yang nak pergi, aku tak halang, tp beringatlah sebab anda pasti akan terkena ketuk dgn harganya.. Nama gerai tu seperti di gambar dibawah dan terletak berdepan dgn Kolej Matrikulasi Melaka. (ikut hati nak report je kat Persatuan Pengguna atau Kementerian yang berkenaan)

Harga cekik darah - Tak boleh blah!

Heee... Baru2 ini aku telah pergi ke perak dan singgah di satu kedai makan yg org kata konon2nya sedap makanan disitu. Kedai yang dimaksudkan ialah kedai yang menjual pau dan makanan yang berunsurkan mee dan seafood.

Aku pergi sana sekadar ingin mencuba pau yang dikatakan sedap tu. Tempatnya memang strategik, malahan mungkin juga cara ianya mempromosikan produk itu di billboard besar dan di website membuatkannya lebih terkenal, selain dari resepi turun-temurun agaknya. 

Harga Mee yang aku pesan ni RM16.00, jgn terpedaya, udang galah tu di belah dua je.. haha
Cube tengok harga2 di menu ini.... :)
Walaupun terkenal, apa yang memeranjatkan aku ialah harganya yang pada aku tak masuk akal sebab ianya lebih kurang harga2 makanan di hotel. Namun, aku try juga hidangan yang terpapar di menu, dan pada aku, rasanya biasa saja cuma mungkin menu tersebut menggunakan udang galah, tu pun aku rasa tertipu dgn cara hidangan udang tersebut. Pada mulanya, dgn harga RM16.00, aku rasa aku akan dihidangkan dgn 2 ekor udang galah bersama mee yang ku order, tetapi, rupa2nya, 1 ekor udang yang dibelah dua... cheh!! tu belum tgk lagi harga2 yang terpapar di menu.. Mahal nak mampus.. Ntah mcm mana la org suka, mungkin sebab Pau2 nya ang menjadi signature dish.. 

Tp kalau ada sesiapa yang rasa nak makan pau2 nya yang pelbagai jenis, pada aku, bole la tahan rasanya, tu pon rasanya macam tipikal dgn pau ternama yang lain.. Heeee... Nothing special, pada pandangan peribadi aku. Jika tanya orang lain, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.. apa2 pun, kepada yang nak try makan pau2 tu, dipersilakan ke Tg.Malim dan carilah kedai pau Yik Mun.
Pau Yik Mun, yang ni org kata sedap tu konon... heee   try la...

Pau Yik Mun ni sedap bebenor ke? :P haha