Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Aku terpanggil untuk mengutarakan beberapa pertanyaan yg sering melanda difikiran ini. Telah lama kita diterapkan dengan idea bahawa Umno adalah parti yg memperjuangkan kemerdekaan, dan diterapkan berpuluh2 tahun lamanya ttg idea Umno memperjuangkan melayu. Adakah Umno sahaja parti yg memperjuangkan kemerdekaan? Atau ianya satu ukiran kepada semua rakyat pada ketika itu yang kononnya hanya Umno saja yg telah memerdekakan Tanah Melayu. Sejauh mana tahap mereka memperjuangkan org melayu sejak mula negara mencapai kemerdekaan sehingga ke zaman globalisasi sekarang ini, adakah perjuangan melayu mereka sekarang sama seperti dahulu atau adakah telah berlaku transformasi yang melibatkan kroni sahabat handai rakan taulan. Bagaimana dengan keadaan bangsa melayu rakyat biasa selain dari kroni sahabat handai rakan taulan pada masa kini?

Of PUTERA-AMCJA and Umno.

Cerita pasal Johor Premium Outlets (JPO), mana2 orang johor pasti tau tempat tu.. Tp, bukan aku walaupun aku ni orang johor. Hehehe Aku tau pasal JPO ni pun dari kawan aku yang BUKAN org johor.. Apa la aku ni kan, nama je org johor. Tp bukan itu isu yang aku nak cerita disini.. 
Nak dipendekkan cerita, beberapa hari lepas aku telah pergi ke JPO ni. Walaupon tempat ni terletak dan kelihatan di sebelah highway Utara - selatan, tp pada aku, akses nak ke sana adalah costly kerana aku terpaksa melalui tol kalau nak cepat sampai ke tempat tu la. Tempat tu juga sebenarnya jauh dari bandaraya JB kerana ia berada dikawasan yang baru dibuka di area Kulai Jaya. Manakala caj untuk parking kereta pula adalah RM3.00 sekali (murah kot).

Jauhnya JPO (Johor Premium Outlet) ni... hee

Sepanjang aku duduk di Masjid Tanah Melaka ni sejak dari Ogos 2010, aku selalu terpikir bila lah nak di bukak Pizza Hut kat sini. Aku ni bukan la peminat Pizza tp kadang2 ada gak selera nak makan piza, cuma masalahnya, jauh dari tempat aku bermastautin. Heeee

Entah tiba2, sewaktu aku sedang balik dari kerja, aku terperasan ada lori Pizza Hut. Tak pernah aku nampak seumur hidup aku ada lori mcm ni.. Terkejut gak kerana ada jugak inisiatif Pizza Hut ni bukak gerai bergerak di Pekan Masjid Tanah ni.. Heeee... Sekurang2nya, aku tak la rasa mcm tinggal betol2 jauh dari bandar.. Ahakz...

Pizza Hut Catering

Hari Rabu ni mcm syahdu je cuaca.. Kelihatan mendung diluar sana membuatkan aku rasa ngantuk je duduk di rumah. heeee.. Mungkin sebab hari ni hari yang bersejarah kerana hari pertabalan agung yang baru. Daulat Tuanku.

Sambil2 aku terhidu bau didapur yang sungguh sedap dan nampaknya wife aku sedang menggoreng nasi.. Nyum nyum!

Tobasco ada logo "K" (Kosher)

literally or figuratively? hehehehe... apa yang hendak aku bincangkan disini ialah beberapa isu yang aku rasa kena ngan nasi lemak tu.

1. Kepadatan - ianya memainkan peranan yang penting bagi menggambarkan "kepenuhan" isi nasi lemak itu didalam bungkusan yang barangkali memenuhi citarasa sesetengah individu itu sendiri.. Ada yang penuh, ada yang berongga..

2. Rasa - ini juga mempunyai satu peranan yang amat penting, dari segi sambalnya kerana jika terlebih walau satu bahan sekalipun, rasanya mungkin akan terlebih masin atau terlebih tawar. Warna sambal juga berbeza mengikut bahan yang digunakan sekaligus menentukan ciri2 rasa yang kita perlukan.

Nasi lemak 50sen vs Nasi lemak 20sen

Aku ni tak la knowledgeable sangat  pasal pisang, dan oleh kerana itu aku tak berapa tau sgt nama2 pisang yang ada di pasaran malaysia ni. Antara yang common yang aku tau ialah pisang tanduk, pisang nipah, pisang rastali, pisang makan.. tu je lah. heee..

tu belum kira dari segi saiz pisang yang aku tau, selama ni pisang yang aku rasa lain dari yang lain ialah pisang tanduk. Besarnya bole tahan tp, pisang tu bukannya sedap kalau dimakan mcam tu je melainkan kalau dibuat goreng pisang. Kalau setakat pisang2 lain aku tau, saiznya adalah "standard" saiz pisang2 yang biasa di pasaran.

Pisang yg gemuk!

Selama ni aku tak pernah suka dengan kucing, tp dalam sebulan yang lalu my wife and i telah membela sekor anak kucing. Anak kucing tu diberi oleh jiran lama aku sewaktu aku tinggal di ruma sewa lama di masjid tanah. Jaga anak kucing ni pun bukan senang jugak rupanya. Masa aku ambil anak kucing ni, macam kerenah kucing ni asyik miaw miaw je... Tu belum kira ada masalah cacing diperutnya. Sembelit lagi satu hal. hahaha...
Ni kucing aku, namanya Chaka... heeee


Si Chaka, kucing ku yang kuat makan..

Aku tak tau apa lagi yang menarik ttg gerai ni. Masa mula2 aku dtg tempat ni sewaktu berpindah di melaka, aku dapati kedai ni jual makanan yg agak2 eksotik sebab antarnya ada jual ikan patin n siput sedut. Pada masa tu, harganya boleh tahan la sebab tak terlalu murah n tak terlalu mahal. Sekiranya aku makan nasi n ikan patin bersama air kosong, harganya bole mencecah hingga ke rm6.00 sahaja.. Aku tau dgn harga tu bole dikatakan murah sebab ada gerai dipahang yang menghidangkan hidangan patin yang berbelas2 ringgit malah berpuluh2 ringgit..

Tapi, itu ikan patin. Aku boleh paham. Pernah satu ketika aku makan nasi ikan n sayur, harganya rm4.00, kemudian pada hari berikutnya, aku try nasi, ikan kering kecil n sayur, JUGA RM 4.00?!!! Aku dah mula rasa sesuatu yang pelik ttg kedai ni... Dan, sejak dari hari itu, aku mula mendengar keluhan sesetengah org ttg gerai tersebut. Ramai yang mengatakan harga di gerai itu mahal dari gerai2 yang lain. Aku pun pelik kenapa harganya begitu sedangkan dari segi lokasi, gerai itu sgt strategik dan bole dapat pelanggan yang ramai. Tp, kenapa perlu terlalu mahal? Hmmmm

Kemudian, baru aku terasa kemahalannya. Beberapa hari lepas, aku makan kerang semangkuk bersaiz sederhana besar, 5 batang bendi, nasi n air suam. To my surprise, makcik tu kata semuanya berharga RM10.00!!! terkejut beruk aku, tp malas aku nak sound dia. Takkan harga bendi mahal kemaong kot? takkan kerang mahal kemaong kot? kalau rm6.00, aku bole terima lagi... ni Rm10.00.. Kalau kat kedai2 luar pun, harga kerang semangkuk paling mahal pon aku tgk rm4.00 sekarang. Giler la...

So sekarang, aku dah malas nak pergi kedai tu... Dan pada sesiapa yang nak pergi, aku tak halang, tp beringatlah sebab anda pasti akan terkena ketuk dgn harganya.. Nama gerai tu seperti di gambar dibawah dan terletak berdepan dgn Kolej Matrikulasi Melaka. (ikut hati nak report je kat Persatuan Pengguna atau Kementerian yang berkenaan)

Harga cekik darah - Tak boleh blah!

Heee... Baru2 ini aku telah pergi ke perak dan singgah di satu kedai makan yg org kata konon2nya sedap makanan disitu. Kedai yang dimaksudkan ialah kedai yang menjual pau dan makanan yang berunsurkan mee dan seafood.

Aku pergi sana sekadar ingin mencuba pau yang dikatakan sedap tu. Tempatnya memang strategik, malahan mungkin juga cara ianya mempromosikan produk itu di billboard besar dan di website membuatkannya lebih terkenal, selain dari resepi turun-temurun agaknya. 

Harga Mee yang aku pesan ni RM16.00, jgn terpedaya, udang galah tu di belah dua je.. haha
Cube tengok harga2 di menu ini.... :)
Walaupun terkenal, apa yang memeranjatkan aku ialah harganya yang pada aku tak masuk akal sebab ianya lebih kurang harga2 makanan di hotel. Namun, aku try juga hidangan yang terpapar di menu, dan pada aku, rasanya biasa saja cuma mungkin menu tersebut menggunakan udang galah, tu pun aku rasa tertipu dgn cara hidangan udang tersebut. Pada mulanya, dgn harga RM16.00, aku rasa aku akan dihidangkan dgn 2 ekor udang galah bersama mee yang ku order, tetapi, rupa2nya, 1 ekor udang yang dibelah dua... cheh!! tu belum tgk lagi harga2 yang terpapar di menu.. Mahal nak mampus.. Ntah mcm mana la org suka, mungkin sebab Pau2 nya ang menjadi signature dish.. 

Tp kalau ada sesiapa yang rasa nak makan pau2 nya yang pelbagai jenis, pada aku, bole la tahan rasanya, tu pon rasanya macam tipikal dgn pau ternama yang lain.. Heeee... Nothing special, pada pandangan peribadi aku. Jika tanya orang lain, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.. apa2 pun, kepada yang nak try makan pau2 tu, dipersilakan ke Tg.Malim dan carilah kedai pau Yik Mun.
Pau Yik Mun, yang ni org kata sedap tu konon... heee   try la...

Pau Yik Mun ni sedap bebenor ke? :P haha

Style la aku tgk Mr Os ni....
Aku bukanlah peminat tegar Maharaja lawak, tp dengar cerita dari kawan2 ttg Maharaja lawak mega baru2 ni cukup untuk membuatkan aku tertanya2 ttg apakah keistimewaan lawak2 dr artis2 pelbagai negara itu.

Aku pun cubalah tgk dalam youtube antara grup yang popular macam OSBON, dan terus terang aku katakan, lawak2 artis2 veteran ni mmg cukup untuk membuatkan kita tidak kering gusi. Kebanyakan lawak2 yang dibawa oleh pelawak ni adalah lawak2 yang original yang kadang2 kita pon tidak sangka..

Salute la OSBON!!


Wow!!! Aku masih lagi memblog.. Hehehe... Telah lama aku meninggalkan bumi mersing ni dan telah lama aku berada di Melaka.. Aku masih lagi mencari2 tempat yang aku rasa menarik untuk aku lawati di melaka, selain dari pergi tempat2 yang rasa macam dah biasa..

Sedapnya!!! Rasa lemak2 gitu! heee

Kawasan lama bersebelahan jalan utama ke Dataran Pahlawan

Coconut Shake anyone? :)