Powered by Blogger.

Saturday, December 17, 2011

Hari Bersejarah Dalam Hidup ku

Sudah agak lama aku tidak memblog. Mungkin kerana byk perkara2 yang perlu aku selesaikan, memandang esok adalah hari yang agak mendebarkan buat diri aku ini.

Esok aku akan menikahi seseorang setelah lama aku hidup bersendirian dan pelbagai liku2 kisah hidup yang aku lalui. Selama ini memang aku sedar hidup mati jodoh pertemuan semua di tangan illahi dan kini, jodoh ku sudah semakin dekat esok bersama si dia, Hasyimah Kamal. InsyaAllah.

Aku sebenarnya berdebar2 untuk hari esok seperti yang org lain lalui. Kedengaran riuh rendah ditingkat bawah rumah ku sebab adik2 aku sedang membantu aku menghiasi barang2 yang perlu dibawa esok.. Beruntung aku mempunyai adik2 yang dapat menyumbangkan idea dan tenaga untuk majlis aku ini... Umuah  untuk mereka.. Manakala aku, baru lepas bantu apa yang patut dan kini aku tengah keringkan inai dijari ini..


Cuaca pada malam ini pula agak sejuk dengan kedengaran rintik2 hujan dicermin dan diselangi oleh bunyi deruan angin yang kuat.. Hujan rahmat, Alhamdullillah.. Aku berharap pada Allah agar aku dapat harungi hari esok dengan tabah dan tenang kerana aku sudah bersedia untuk membina masa depan ku bersama org yang kusayangi..  :)

Publisher: E Jay - 12/17/2011 07:56:00 PM