Powered by Blogger.

Thursday, December 1, 2011

Chewing Gum Funny Story

I always wonder why did Singapore Gov ban chewing gum and some of us knew the logical reason behind the ban. Or maybe otherwise... :) There was a funny story i read while i was jay"blog"walking (heeehee) and it goes something like this...

Publisher: E Jay - 12/01/2011 08:16:00 PM

Tuesday, November 29, 2011

Nov 2011 - Terharu

Tahun ni dah masuk tahun yang ke 7 aku mengajar dan 10 tahun aku bekerja, dan sepanjang 10 tahun ini, inilah kali pertama aku mendapat wish "Happy Birthday" sebegitu banyak samada di FB atau sms. Ini kerana, sepanjang aku bekerja di Sek. Men. Sains Sultan Iskandar selama hampir 6 tahun, apabila waktu hari lahir aku, kebetulan cuti sekolah sudah pun bermula. Jadi, aku tidak menerima wish dikalangan rakan2 dan pelajar, hanya dikalangan family members je..

Aku pon faham dgn situasi ni sebab itu aku tidak terlalu berharap ada org yang ingat akan birthday aku memandangkan cuti sekolah ialah waktu rakan2 dan pelajar2 bercuti dan bersukaria dgn hal masing2. Heee... Sebab aku pon bersukaria buat hal sendiri.

Tapi tidak pada tahun ini, pada hari ini 29 Nov 2011.. Aku terima banyak juga wish dari rakan2 dan terutama dari bekas2 pelajar SMSSI dan KMM. Walaupun di FB tu ada reminder ttg birthday aku, tp aku cukup terharu bila banyak terima wish tersebut. Pada rakan2 dan pelajar2 SMSSI dan KMM, terima kasih atas wish anda semua.. I wish you guys all the best.. You guyz ROCK!! Tak lupa juga pada org yang aku sayang, thanx for the 1st wish last midnight, dan juga pada ahli keluarga aku, i love u all.. *hug*
Publisher: E Jay - 11/29/2011 08:26:00 PM

Monday, November 28, 2011

Majukah kita sebenarnya?

Mudahnya untuk mengatakan sesuatu negeri tu maju agaknya. Cukupkah hanya dengan adanya sekolah2 & kolej2 kerajaan dan swasta, kedai2 & shopping complex, jalanraya & highway, telekomunikasi yang canggih, investment dari syarikat2 luar, hospital2 & klinik2 pakar? Cukupkah dgn hanya mengiktiraf dengan perkataan "Maju"? Cukupkah walaupun tanpa menunjukkan satu integriti yang baik kepada rakyat2 dan masyarakat sekeliling? Entahlah... Baik aku google apa itu Developed country or state.

Apa yang aku lihat dan dengar, banyak projek2 yang terbengkalai dan rosak.. Nak bagi contoh pon banyak. Aku yang dikatakan generasi baru ni pun boleh lihat sejauh mana kebenarannya "Maju" yang di uar-uarkan tu.. Jgn la anggap golongan2 muda sekarang ni bole dikaburi dgn tindakan yang pernah dibuat pada masa lalu sedangkan hakikat keadaan semasa sekarang hanya menguntungkan sesetengah pihak je..

Seperti yang dilaporkan, ada tempat yang dikatakan mempunyai produk dan sumber pendapatan pelancongan tp tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada sehingga berada dibawah P.Pinang dan Singapura.  Untuk makluman, P.Pinang & Singapura telah giat menambah nilai produk pelancongan melalui dasar pemuliharaan tapak warisan. Tak mcm sesetengah tempat, kawasan warisan sejarah ditarah dgn alasan untuk pembangunan. Walhal, tapak sejarah lah yang dapat mengingatkan kita semua tentang sejarah kita sebenarnya disamping menarik pelancong datang dan mengenali siapa kita ini.

Tu belum lg berbicara ttg kegagalan memperkasakan Ferries Wheel gergasi 62 meter yang sehingga kini masih belum beroperasi walaupun ada berita mengatakan ianya akan diambil alih oleh syarikat baru. What a waste. Tu belum kira lagi projek monorel yang sering dilaporkan rosak didada akhbar. Sehingga sewaktu rosak, terdapat pelancong2 dari negara luar berada didalam monorel tersebut. What a shame. Macammana pula projek Lapangan Terbang Antarabangsa yang sehingga kini masih lagi sunyi dari kapal2 terbang yang mendarat. Bila aku pandu kereta bersebelahan lapangan terbang tersebut, lengan je kawasan tu, sehinggakan ada org mengatakan terdapat budak2 yang bermain layang2 di landasan kapal terbang itu.. (entah betol entah tidak)..  What a waste.. Byk lagi lah nak cerita pon..

Semua tu melibatkan wang berjuta2 ringgit, sapa yang luluskan? aku kurang arif.. tapi, it doesnt take a genius to figure out that all those projects must be endorsed by somebody.. So, sepatutnya dipantau oleh pihak bertanggungjawab agar dapat memberikan gambaran yang baik kepada rakyat sekeliling...   So sickening.... Maju konon, tp maju yang tidak memberikan gambaran menyeluruh... Berubahlah sebelum rakyat yang berubah arah..

*peace*
Publisher: E Jay - 11/28/2011 08:14:00 PM

Sunday, November 27, 2011

Ma'al Hijrah untuk semua perjuangan.

Hari ini bermula satu Muharam untuk kita semua. Hari dimana ada diantara kita yang mempunyai satu azam dan perubahan yang baru yang mungkin dapat membawa satu kebaikan pada setiap diri yang ingin berubah. Dan bagi aku, muharram pd tahun ini amat bermakna pada diri ini kerana aku juga bakal berhijrah ke fasa yang lebih baik.

Namum begitu, disamping kita ingin berubah, ada beberapa juga perkara disekeliling kita yang ingin aku harapkan berubah, antaranya:-
Publisher: E Jay - 11/27/2011 08:59:00 AM