Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Mudahnya untuk mengatakan sesuatu negeri tu maju agaknya. Cukupkah hanya dengan adanya sekolah2 & kolej2 kerajaan dan swasta, kedai2 & shopping complex, jalanraya & highway, telekomunikasi yang canggih, investment dari syarikat2 luar, hospital2 & klinik2 pakar? Cukupkah dgn hanya mengiktiraf dengan perkataan "Maju"? Cukupkah walaupun tanpa menunjukkan satu integriti yang baik kepada rakyat2 dan masyarakat sekeliling? Entahlah... Baik aku google apa itu Developed country or state.

Apa yang aku lihat dan dengar, banyak projek2 yang terbengkalai dan rosak.. Nak bagi contoh pon banyak. Aku yang dikatakan generasi baru ni pun boleh lihat sejauh mana kebenarannya "Maju" yang di uar-uarkan tu.. Jgn la anggap golongan2 muda sekarang ni bole dikaburi dgn tindakan yang pernah dibuat pada masa lalu sedangkan hakikat keadaan semasa sekarang hanya menguntungkan sesetengah pihak je..

Seperti yang dilaporkan, ada tempat yang dikatakan mempunyai produk dan sumber pendapatan pelancongan tp tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada sehingga berada dibawah P.Pinang dan Singapura.  Untuk makluman, P.Pinang & Singapura telah giat menambah nilai produk pelancongan melalui dasar pemuliharaan tapak warisan. Tak mcm sesetengah tempat, kawasan warisan sejarah ditarah dgn alasan untuk pembangunan. Walhal, tapak sejarah lah yang dapat mengingatkan kita semua tentang sejarah kita sebenarnya disamping menarik pelancong datang dan mengenali siapa kita ini.

Tu belum lg berbicara ttg kegagalan memperkasakan Ferries Wheel gergasi 62 meter yang sehingga kini masih belum beroperasi walaupun ada berita mengatakan ianya akan diambil alih oleh syarikat baru. What a waste. Tu belum kira lagi projek monorel yang sering dilaporkan rosak didada akhbar. Sehingga sewaktu rosak, terdapat pelancong2 dari negara luar berada didalam monorel tersebut. What a shame. Macammana pula projek Lapangan Terbang Antarabangsa yang sehingga kini masih lagi sunyi dari kapal2 terbang yang mendarat. Bila aku pandu kereta bersebelahan lapangan terbang tersebut, lengan je kawasan tu, sehinggakan ada org mengatakan terdapat budak2 yang bermain layang2 di landasan kapal terbang itu.. (entah betol entah tidak)..  What a waste.. Byk lagi lah nak cerita pon..

Semua tu melibatkan wang berjuta2 ringgit, sapa yang luluskan? aku kurang arif.. tapi, it doesnt take a genius to figure out that all those projects must be endorsed by somebody.. So, sepatutnya dipantau oleh pihak bertanggungjawab agar dapat memberikan gambaran yang baik kepada rakyat sekeliling...   So sickening.... Maju konon, tp maju yang tidak memberikan gambaran menyeluruh... Berubahlah sebelum rakyat yang berubah arah..

*peace*

Majukah kita sebenarnya?

Hari ini bermula satu Muharam untuk kita semua. Hari dimana ada diantara kita yang mempunyai satu azam dan perubahan yang baru yang mungkin dapat membawa satu kebaikan pada setiap diri yang ingin berubah. Dan bagi aku, muharram pd tahun ini amat bermakna pada diri ini kerana aku juga bakal berhijrah ke fasa yang lebih baik.

Namum begitu, disamping kita ingin berubah, ada beberapa juga perkara disekeliling kita yang ingin aku harapkan berubah, antaranya:-

Ma'al Hijrah untuk semua perjuangan.

Tajuk dah omputih, tapi nak buat artikel penulisan omputih malas plak hari ni. Sejak aku tinggal di Melaka, ada beberapa perkara yang telah menjadi kesukaan aku, antaranya ialah daging lembu salai, omputih kata smoked beef. Kebiasaannya apabila aku ke KL dari Melaka melalui jalan dalam, aku musti singgah gerai daging salai ni yang terletak di Linggi.

Aku mula tau pasal daging salai ni sewaktu aku menonton TV3suku beberapa bulan lepas, dimana ada sebuah gerai ni menjalankan perniagaan daging, puyuh dan keli salai. Yang aku suka ialah daging dan puyuh salai. Manakala keli bukan la favourite aku. Geli aku tgk sebab ikan tu ada misai. hahaha. Aku tak ingat nama kedai tu tapi ianya mudah dilihat ditepi jalan menghala ke tol, cuma pada pandangan aku, aku tidak suka makanan salai ditempat tu kerana ianya tawar n tiada rasa. Mungkin juga ianya sebegitu rupa kerana permintaan org ramai atau juga kerana ianya disalai dalam kuantiti yang banyak.

Gerai salai tu yang berda di tanda merah "X"
Tp, selepas itu aku terjumpa satu gerai salai yang dagingnya berperisa, terutamanya puyuh. Mungkin juga kerana ianya telah di peram terlebih dahulu sebab tu rasanya sungguh sedap. Walaupun gerainya kecil, tp aku rasanya daging salainya lagi sedap dari gerai yang pernah muncul di TV3suku tu.. Lokasi tempat betol2 selepas simpang masuk menghala ke SM Sains Rembau..  (lihat map) Hehe.

Smoked beef and poultry

Aku ni memang dikenali dikalangan kawan2 tidak suka mencuci kereta aku.. heehehe... aku hanya akan mencuci kereta paling cepat pun sebulan sekali, tiu pun depends kalau ada kelapangan. tapi untuk membansuh kereta sendiri di rumah, jangan harap... heee...

Aku kalau boleh bila nak basuh kereta tu musti lah dapat dibasuh dengan cepat sebab aku tak suka menunggu sewaktu membasuh kereta di kedai. Lebih2 lagi apabila ada org yang mencuci kereta kita sendiri. Aku dah serik mencuci di carwash, lebih2 lagi bila yang mencuci tu adalah budak2 remaja. Banyak barang aku hilang dan apabila di tanya, tidak mengaku pulak tu. Padahal aku memang letak dalam kereta. Mungkin salah aku jugak sebab biar dalam kereta, tp itu tak bermaksud ada org lain bole ambil barang aku dengan sesuka hati sebab aku bayar untuk perkhidmatan cuci kereta, bukan mencuri barang dalam kereta..

Kemalasan mencuci kereta... heee

Sejak aku tidak lagi menetap di Kuala Lumpur, tak pernah lagi aku melihat org bermain2 musik di tepi2 jalan menghibur kan org ramai, bukan yang mengharap org hulurkan duit tu.. Masih ingat lagi tahun 1996, sewaktu aku belajar di KL, pernah ada band yang bermain di tengah2 orang ramai di Bus Stand Klang. Band ni bermain seperti band2 orang2 kawin, tapi, bermain di tengah2 kota di tengah orng ramai. Rasa pelik pon ada waktu tu. Yela, terpikir jugak mana dia dapat karen nak idupkan amplifier dan speaker tu.. Rupanya2nya, pakai generator da..




Tp kali ni sewaktu aku berada di Kuantan, aku terlihat segolongan budak2 muda sedang ber"busking" di kalayak ramai. Walaupon ramai yang tidak mengendahkan gelagat budak2 muda ni, tp pada aku mereka ni berani bermain depan org2 ramai. Nasib tak ada org hulur duit je.. Bole tahan jugak la mereka ni, tp dari satu segi plak, macam nak cari publisiti pon ada.. Hehehe... Tapi tak kesahlah tu semua, apa yang penting, mereka berani menonjolkan bakat mereka ditengah2 orng ramai sedang lalu lalang disitu pada waktu malam. Sekurang2nya, ada la halwa telinga, tak la kawasan tu senyap je. Aku pun melepak gak disitu sekejap sambil mengambil gambar2 mereka... heeeeee ..

Pemuzik Jalanan..

Aku pernah meletakkan link kejadian puting beliung di pulau setindan, tapi kali ini ia berlaku lagi di mersing tetapi di Tanjung Leman. Suatu ketika dahulu, kita telah digembar-gemburkan bahawa Malaysia ni berada dalam zon selamat, tiada gempa, tiada tornado, gunung berapi, dan macam2 lagi lah. Tapi dalam situasi sekarang, kita lihat semua itu sudah tidak mustahil lagi bole berlaku di Malaysia. Apatah lagi dengan keadaan di bumi kita sekarang yang byk sangat bencana yang melanda baik yang melibatkan alam sekitar, atau pun manusia sejagat.



Video puting beliung yang berlaku di Mersing ni telah di rakam di Felda Residence Tanjung Leman, tempat dimana kawan baik ku, Bob Faizal, bekerja. Telah dimaklumkan oleh beliau, puting beliung tersebut bermula di Tanjung Rhu, kemudian menghala ke Felda Residence dan akhir sekali beralih arah ke Pulau Sibu. Lagi kata beliau, sewaktu kejadian, keadaan di Felda Residence juga menerima kesannya apabila kerusi dan atap genting beterbangan dikawasan hotel 3 bintang itu. Karam Singh Walia melaporkan... heeeeee.

Moral value disini, kita sudah tidak berada dizon selesa sekarang. Macam2 bole berlaku disini..

Sekian

Lagi puting beliung di Mersing

See the pictures below? Bizarre!! Well, that is something i don't see everyday. Heee... How'd it happen? Like always, minding my own business driving to the town suddenly, i saw couple of people crowding at the side of the road. I was curious at that time (normally i dont even give a shit! heee), so i parked my car a bit further and ran to the "crime" scene to take a peek on what was goin' on.

To my surprise, there it was, a tractor embedded in the trench and to make me more curious, how could a huge machinery like that plunged into the trench? I cocked an ear amongst the crowd and i learned that the incident happened for no reason at all. Witnesses said the road was clear that day but the driver drove to the side, went off road and straight in the trench. Quite a mishap dont u think so? heeee... Maybe some of us need to learn how to drive, or maybe too, some of us need to learn to keep the eyes on the road while handling heavy machinery.. And so they said.... :P


keep your EYES on the road!

How strange it is when people can see some images by looking at certain objects, take the moon for example. At times, when we look at things like the clouds, moon etc, we tend to resemble with some images interpreted by the mind. Funny tho the irony, sometimes we see what the eyes want us to see, but the brain interprets what it wants us to believe.. Haaaha... How many of us happen to feel that way?

Late lastnight, while i was in ESSO filling up the petrol, i overheard people saying something about the images they saw on the moon. It so happened that i brought along a camera with me, and in a jiffy, i snapped a picture of the moon and tried to interpret what the hell were those people saying when they said there was an image on the surface of the moon.. Can somebody tell me what u see in the pictures? I overheard them saying there was an image of a dragon... Is it?  *ponder*
Late night


Before dusk

Just what do u see?  :)

We see what we wanna see