Powered by Blogger.

Monday, October 24, 2011

EDT @ Perfume?

How many of us like to buy perfume or EDT? Bagi aku, beli minyak wangi antara salah satu kegemaran aku. Tapi aku bukan selalu minyak wangi. Mungkin dalam 4 @ 5 bulan sekali, aku akan beli minyak wangi.

Minyak wangi yang aku maksudkan ni bukannlah dari jenis one-drop or yang seangkatan dengannya. Minyak wangi yang aku maksudkna ni ialah jenama dari negara2 omputih la kononnya ni.. hee.. Sebagai contoh macam Hugo, Jean Paul, Azzaro, Bvlgari and such..

Bagi minyak wangi ni pula, apa yang aku pelajari melalui pengalaman membeli pelbagai minyak wangi, bukan semuanya akan sesuai dgn kulit kita. Ada sesetengah minyak wangi yg dapat tahan lama baunya di kulit seseorang dan ada pula yang baunya hanya sekejap saja. It depends. Sebabnya kenapa, aku tak tau. But some say, it depends on how we perspire. Well, to be honest.. I have no clue at all..

Minyak wangi yang pertama yang aku beli sewaktu aku mula2 bekerja di bank tahun 2003 ialah Hugo Boss Man. Sehingga sekarang aku masih lagi suka bau wangi Hugo Boss Man walau pon telah bermacam2 EDT/perfume yang aku beli. Minat aku terhadap perfume ni bermula sewaktu di UPM dulu. Masa tu aku tak mampu nak beli perfume. Masih ingat lagi pada tahun 1998, kawan aku Marul Khalid, dia ada minyak wangi Issey Miyake, kdg2 aku pau minyak wangi dia.. Heee.. Dan bau perfume tu masih sama sehingga sekarang.. Dan tahun lepas, aku cadangkan Bob, kawan baik aku, untuk beli perfume tu.. Perghhh!! baunya sungguh seksi! hehehehe...

Antara EDT yang masih belum habis.. heee
Aku cube nak  ingat balik perfume yang pernah aku beli, Hugo Boss Man, Boss Pure, Kenzo flower (hadiah kat org), Kenzo Fengzhilian Homme, Ferarri Black (hadiah kat org), Givenchy Xeryus Rouge, Givenchy pour Homme, Givenchy Pi, Dunhill desire blue, Azzaro Chrome, Azzaro Chrome Legend, Bvlgari Notte, CK in2u, CK euphoria, Jean Paul Gaultier,  Polo Black, dan yang terbaru, aku beli lagi sekali Hugo Boss Man..

Kadang2 bila beli fragrance ni ada dapat mcm2 hadiah, macam bag, body wash, dan miniature perfum. Layan.. Dan yang paling best, beli time X'mas or Val's day, musti dapat macam2 free gift. So, mari beli perfume!!!   :))
Publisher: E Jay - 10/24/2011 10:01:00 PM