Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Croc, siapa yang tak pernah dgr ttg brand tu. Masih ingat lagi sewaktu tahun 2003, kemunculan kasut croc ni macam satu yang baru di Malaysia. Ataupon, bila aku lihat saja pattern croc tu, kwn2 aku siap gelak sakan sebab patternnya dan warnanya sangat2 mencapap. hehehe.. 

Aku difahamkan, asal kasut ni dicipta adalah sebagai kasut org2 yang menaiki boat kerana ianya dibuat dari getah yang kurang gelinciran.. Kemudian, ianya diperkenalkan kali pertama di Florida dan kemudian, ianya menjadi trend... Mula2 aku tgk dulu, mcm gedabak sgt plak kasut tu, tapi lama2 aku tgk, cantek la plak... Siap bole letak button lagi... hehehe

Walaupun ianya pernah menjadi sgt2 glamour pada waktu, apa yang aku lihat, satu kelemahan Croc ni ialah ianya hanya mempunya pattern yang sama pada waktu tu. Seingat aku, Croc ni pernah jatuh muflis kerana penjualannya semakin merosot. Tak seperti brand2 lain sepertiConverse yang sering keluarkan pattern2 terbaru, malangnya, Croc hanya mempunyai pattern yang terhad. Namun begitu, pattern tu telah menjadi seperti "old school" dan makin lama tgk, itulah pattern Croc yang menjadi trademark terkini..

Kini, seperti syarikat2 kasut yang lain, Croc telah memvariasikan  pattern kasut Croc, sehingga adalanya bentuk2 seperti flip-flop, kasut kerja, sneakers dan mcm2 lagi.. Disamping itu, ada juga aksesori2 tambahan seperti button2 yang boleh dilekatkan di kasut Croc yang dapat membuatkan kasut Croc itu lebih fancy dan mencapap... heeee..



P/s: Aku sedang tunggu untuk memiliki 1 kasut Croc... Tak sabar nak dapat... heee

CROC! canteknya!!

Apabila sebut pasal kereta kia ni, aku pun kurang pasti la kenapa Malaysia ni menganaktirikan kereta ni.. Ada yang kata sparepart mahal n susah cari, guna petrol banyak, gearbox cepat rosak, ntah lah..


Aku mula mengagumi brand Kia ni pada tahun 2005 dahulu. Masa tu aku telah membeli Kia Spectra dan ketika itu ia telah mendapat gelaran Car of the year (2004) dan bersaing dgn keluaran kereta pada zaman2 tu la. (Jangan compare ngan kereta sekarang yang lebih canggih.. Hehehe)..

Pada masa aku beli kereta tu, aku bukan beli dengan suka2 walaupun ketika tu aku nak let go kereta proton satria aku tu, tidak sama sekali akan aku cari kereta baru secara membuta tuli. Aku telah survey dan kaji dulu prestasi kereta Kia Spectra di majalah dan forum2. Aku mula untuk mencari satu platform jenis kereta yang aku suka dan akan mula beli kereta jenis tu saja (mungkin), dan aku dapati kereta Kia Spectra ni targeted untuk mereka yang berpendapatan sederhana seperti aku. Aku bukannya tak minat Honda, tp dah ramai juga yang memiliki Honda ni.. Jadi aku cuma nak lain dari yang lain dan guna mengikut kemampuan duit aku ni..

Cuma satu je la yang pelik bila ramai yang mengatakan sparepartnya mahal.. Pelik kerana aku tertanya2, sejak bila pula kereta2 import ni mempunyai sparepart yang murah seakan - akan kereta proton.. Ntah2 sparepart ori Proton dulu pun mahal... Heee.. ada org org jugak berfikiran gitu..

Malaysia meng"anak-tiri"kan KIA? :)

Ahad lalu, aku berbelanja di Ikea dan membeli beberapa brg2 untuk rumah sewa aku. Sewaktu berada disana, sempat aku singgah di The Curve yang org2 kata best la sangat.. Hee, apa yang aku nampak, tempat tu tak ubah macam gabungan antara Shopping complex ternama dan  gerai pasar malam uptown..

Di perkarangan kawasan curve, aku lihat ada gerai yang jual pakaian ala2 vintage dan pelbagai jenis barangan aksesori yang pada asasnya murah, tetapi di sana, ianya dijual dgn mahal. kononnya di kawasan Curve yang grand gitu lor... hahaha.. Well, nama Curve sendiri melambangkan kemewahan kowt.. heee

Kemudian, aku berlegar2 dikawasan Curve untuk mencari makan. Aku singgah makan di satu gerai nama Asam Pedas. Nampak macam sedap, so aku order Asam pedas ekor sapi.. pergh... Mengancam sungguh, tp harganya mak aih, rm18 semangkuk.. Gila bapak mahal, tp takpe, sedap punya pasal.Tambahan lagi, pekerja di situ ramai indon jadi, aku sangka memang ala2 masakan indon la kononnya. Daging ekor yang dihidangkan tu besar2 jugak. Pandai gak org2 indon tu masak. Sewaktu aku nak bayar makanan tu, aku pun pergi ke kaunter dan dari kaunter tu aku leh nampak kawasan dapur ngan jelas. Dan apa yang memeranjatkan aku, rupe2nya, tukang masak tu orang mamak! aduhai, mati2 aku ingat org melayu or indin yang masak. Dan aku rasa pulak macam makan kat kedai mamak, cuma, aku kena ketuk sampai RM45.00 gara2 makan dikawasan Curve tu. Hell! Makan mc donald pon tak semahal tu! hahaha...

So, apa yang bestnya the Curve, just as same as any other shopping complex and the only catch is, the food is wayyyy expensive if u ask me... :P

** Asam Pedas Ekor Sapi, the Curve **

 Aku ni bukanlah pandai bebenar ttg emas ni, tp aku rasa macam best plak beli emas ni walaupun aku tau lelaki tidak boleh memakai emas. Hehehe...

Seingat aku, kali pertama aku membeli emas ialah pada tahun 2003.. Tapi bukan la emas betol, cuma cincin emas coated 24K.. Itupon harga mencecah rm300.. pergh, padahal cincin salut je... Cuma yang menariknya, itu ialah cincin replika Lord Of The Ring. Yela, masa tu tengah top citer LOTR ni.. Jadi, aku pun amek la peluang beli cincin yang konon dikatakan limited tu... Saje je nak rasa beli emas la konon2.. Pulak tu, cincin tu muat la pulak kat jari manis aku... heeee... Sweet!...

$$$ Emas 999 idamanku $$$