Powered by Blogger.

Monday, September 5, 2011

** Asam Pedas Ekor Sapi, the Curve **

Ahad lalu, aku berbelanja di Ikea dan membeli beberapa brg2 untuk rumah sewa aku. Sewaktu berada disana, sempat aku singgah di The Curve yang org2 kata best la sangat.. Hee, apa yang aku nampak, tempat tu tak ubah macam gabungan antara Shopping complex ternama dan  gerai pasar malam uptown..

Di perkarangan kawasan curve, aku lihat ada gerai yang jual pakaian ala2 vintage dan pelbagai jenis barangan aksesori yang pada asasnya murah, tetapi di sana, ianya dijual dgn mahal. kononnya di kawasan Curve yang grand gitu lor... hahaha.. Well, nama Curve sendiri melambangkan kemewahan kowt.. heee

Kemudian, aku berlegar2 dikawasan Curve untuk mencari makan. Aku singgah makan di satu gerai nama Asam Pedas. Nampak macam sedap, so aku order Asam pedas ekor sapi.. pergh... Mengancam sungguh, tp harganya mak aih, rm18 semangkuk.. Gila bapak mahal, tp takpe, sedap punya pasal.Tambahan lagi, pekerja di situ ramai indon jadi, aku sangka memang ala2 masakan indon la kononnya. Daging ekor yang dihidangkan tu besar2 jugak. Pandai gak org2 indon tu masak. Sewaktu aku nak bayar makanan tu, aku pun pergi ke kaunter dan dari kaunter tu aku leh nampak kawasan dapur ngan jelas. Dan apa yang memeranjatkan aku, rupe2nya, tukang masak tu orang mamak! aduhai, mati2 aku ingat org melayu or indin yang masak. Dan aku rasa pulak macam makan kat kedai mamak, cuma, aku kena ketuk sampai RM45.00 gara2 makan dikawasan Curve tu. Hell! Makan mc donald pon tak semahal tu! hahaha...

So, apa yang bestnya the Curve, just as same as any other shopping complex and the only catch is, the food is wayyyy expensive if u ask me... :P
Publisher: E Jay - 9/05/2011 07:14:00 PM