Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog
Sempena permulaan bulan Ramadhan, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger yang beragama islam. Semoga ibadah puasa kita dapat memberi pahala kebajikan buat kita semua... Selamat Berpuasa..

++ Ramadan dtg lagi ++

Koleksi Ray-Ban aku
Sudah dekat setahun aku tidak membeli Ray-ban, kali terakhir, aku beli Rayban Aviator Large metal, tu pun entah bila, aku pun tak ingat.. Aku ni mmg peminat rayban dan koleksi rayban aku ada lah beberapa, termasuk spek rabun aku pun rayban..

Pada aku Ray-ban ni mempunya namanya yang tersendiri yang begitu gah apabila dipakai.. Harganya pulak, jgn cerita la. Kalau yang ori tu, mahal kemain, kalau yang pasar malam, sepohingget leh dapat (agaknya la).. hehehe..

- Ray-Ban "Carribean" ku -

Dah lama aku tak tulis blog ni.. Baru2 ni aku terjumpa satu website video game tahun 80's. Bila cakap pasal Super Mario Bros, sapa yang tak kenal.. Kalau setakat org2 generasi aku, mesti ada yang kenal...

Terkenang saat lama sewaktu aku darjah 4, masa tu aku tinggal di Tmn Tun Aminah Skudai Johor, lepas saja balik dr sekolah aku akan ajak adik lelaki aku pergi ke kedai main game nintendo. Game dulu pakai katrij je, dan kalau nak beli, mak aih, mahal nak mampus.. Tp sekarang, game2 pakai katrij ni murah je...

Mario Bros

Sejak duduk di Melaka ni, aku dah tak selalu jalan2 cari makan seperti mana yang aku selalu buat dulu bersama kawan baikku, Bob Faizal. Biasanya aku akan pergi di tempat yang sama saja, melainkan ada kawan2 di Kolej yang tunjukkan tempat makan yang baru dan boleh kata ada ciri2 yang berlainan.

Tapi berlainan pula malam tadi, member aku A.J Reza telah membawa aku ke satu tempat makan yang boleh dikatakan best jugak. Dia bawa aku makan di satu restoran Pakistan yang hidangannya boleh dikatakan sedap n menarik. Antara hidangan yang aku rasa aku boleh bandingkan dengan restoran2 yang pernah aku pergi selama ni ialah Roti nan dan ayam tandoori.

Roti Nan Melaka