Halaman

    Social Items

Visit Ezuddin Blog

Hari ini menandakan hari apabila baik akan melawan kejahatan dalam pertempuran epic. Satu pertempuran di mana tiada jalan tengah, tiada pilihan. Hanya kemenangan atau dikalahkan, selama-lamanya.
Ini merujuk kursus kepada salah satu blockbusters yang dinanti-nantikan tahun ini di layar perak. Di mana Sam dan manusia di samping sekutu mereka, Autobots dipimpin oleh Optimus Prime, meletakkan segala-galanya pada barisan pertempuran untuk menyelamatkan bumi dari kehancuran yang teruk ... Harap2 ada TF4 pas ni.. :P


Transformers 3 JOM!!

Haa.. Yang ni aku tak faham.. Konsep 1 Malaysia ni sangat2 meluas.. Aku pernah terdengar student aku tanya pada kawannya bila dia baca perkataan 1 Malaysia ni di poster.. Dia tanya "1 Malaysia? Sejak bila pula ada 2, bukan ke dari dulu mmg ada 1 je malaysia?".. Tersenyum aku sendirian bila golongan muda pun dah bole faham ttg itu walaupun pemahamannya tidak begitu meluas..

Kadang2 aku tgk masih ada juga org2 atau syarikat2 yang mempergunakan perkataan 1 Malaysia untuk keuntungan seperti mencetaknya di barang2 sekolah, baju2 tshirt, dan sebagainya. Walaupun tujuannya murni, tp sekali lagi, adakah pemahaman mereka ttg 1 Malaysia ni meluas atau pun hanya untuk menjana keuntungan saja.. Entahlah..

Seluar Dalam 1 Malaysia!! haha

Mungkin ramai yang tak pernah jumpa udang spesies ni.. Sewaktu di mersing dulu kawan serumah aku Abg Azlan Khamis, pernah membeli satu plastik besar udang jenis ni pada harga yang murah di pasar. Katanya udang ni tak berapa laku dijual (pada ketika itu la tahun 2007).

Udang gertak/ lipan

Lagi kejadian yang menarik aku tgk, walau pun aku tau cerita ni dah lama, tapi pada aku ada sebab kenapa ianya berlaku.

Ini kisah dimana ada lori tersadai di tengah2 laut antara pantai mersing dan pulau stindan. Almaklum, setelah hampir 6 tahun aku duduk di Mersing, aku pernah nampak mmg ada jalan yang muncul antara pantai mersing ke pulau stindan apabila air laut betul2 surut. Dan aku pernah nampak budak2 berlari ke arah pulau tu waktu petang sewaktu air betol2 surut..

Dan tidak mustahil dalam kejadian dalam gambar di bawah boleh berlaku. Aku dgr cerita, org dalam lori tu  nampak jalan ke pulau, tp niat sebenar pemandu lori tu aku tak tau la. Sebaik saja sampai ke tgh, air laut semakin naik dan tak sempat nak ke darat walaupun cube mendapatkan pertolongan Lori ais untuk ditarik.. Nasib la kan.. Bukan nya tak tau, bila pasih tu dah kene air, pasir tu bole jerlus sedikit.. :))

Lori tersadai dalam laut (kisah lama)

Aku rasa penat sungguh setelah seharian bekerja pada hari ini.. Dan balik kerja td aku berehat, aku rasa nak tgk citer avatar plak malam ni di astro.

Filem ni antara filem yang paling awesome yang aku tgk dimana penggunaan CGI pada tahap yang maksimum. Masa mula2 aku tgk kat cinema, aku tertanya bagaimana pelakon tersebut melakunkan watak CGI yang mengkagumkan tu. Tp, aku peduli apa semua tu, janji jalan ceritanya sangat menarik perhatian aku sudahlah.. Hehehe...

The New Avatar!! hahaha

Nampaknya bukak kedai aku hari ini... Ada beberapa jenis Jersi replika yang telah aku dapatkan untuk dijual... Sesiapa yang berminat, lihat2 lah gambar2 jersi dibawah ni...

Barcelona (Home) - In stock M & XL

Man. United (Home) - In Stock M & XL

Real Madrid - In stock M & XL

Arsenal (Home) - In Stock M & XL
NOTE: all of the jerseys will vary slightly from these measurements but the following rule-of-thumb, as it relates to chest size/width.

chest size/ width (inch)
S-48
M-51
L-54
XL-57

PRICE:  Inclusive shipping cost (Poslaju)

             Peninsular: RM40.00
             Sabah & Sarawak : RM42.00 

Our mailing days are on weekdays...... right to your doorstep!!!!
The item will take 2-7 working days to be delivered to customers after receiving FULL payment and confirming the transaction.
Sms/ call us at 0137736057 with your details and we will provide our Bank Account No.


**Happy Shopping**   :)

Jersi Replika Terkini Musim 2011/2012

Belum pun kita dihabiskan dgr mood tagline Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), kini telah dikhabarkan  adanya sequel terbaru Kampung Pisang yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


Ramai juga pelakon2 asal yang pernah menjayakan filem Kg Pisang sebelum ni akan muncul didalam filem terbaru arahan Mamat Khalid ni.

Sequel ke-3 Kampung Pisang

Terpanggil aku berstory-mory ttg org yang jual babi kat indon ni.. Pelik plak, hukum mana yang dipakai mengatakan daging babi tu halal.. Hahaha... dr gambar tu kita tgk dia letak daging2 tu dgn kepala babi disebelahnya... Yang herannya, dia tulis Beef bukan pork. hahaha... Dah tu nama pulak ada "Haji" kat depannya.. Entahlah... A picture can tell many stories.... Nasib ko la pak haji... Yang aku tau babi tu haram..

Babi halal di Indon??!!!!!!!!!

Sudah agak beberapa ketika lamanya aku tidak berblog ni. Mungkin kerana penat agaknya, tp apa2 pun, aku masih lagi minat untuk menulis bila dilanda kebosanan.
Allahyarham Zami Ismail
Baru2 ini kita telah dikejutkan dgn satu berita sedih, berita tentang pemergian seorang pelawak yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Pelawak Zami Ismail yang juga dikenali sebagai Pak Uda dalam sitcom yang popular ditahun 80an dan 90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Aku ada juga terasa kesedihan memandang aku membesar melihat ada artis2 yang aku kenali juga semakin berumur dan ada yang sakit. Di situ membuatkan aku tersedar bahawa kita hanya manusia biasa yang tak akan lepas dari kematian.

Sewaktu aku lihat lakonan allahyarham di Hantu Kak Limah Baklik Rumah, aku tak dapat lupa aksi apabila beliau lari apabila telah terseremapak dgn Kak Limah. Mimik mukanya yang berada betol2 depan kamera membuatkan aku pecah perut ketawa, tu belum masuk apabila tetiba dia nyanyi dalam rumah mak limah dgn muka yang sepontan. Dlam scene mak limah tu gak, aku jg teringat sewaktu beliau sdg berborak2 memerli pemimpin2 tua di kedai pak jabit...  Lawak2..

Perginya seorang pelawak tanah air..

Aku rasa ada yang tertanya2 sapa tu Bu Jing Yun. Dia ni adalah watak yang terkenal pada tahun 90 an dikala era komik hongkong masih lagi mendapat tempat dihati peminat. Kalau dibandingkan dgn sekarang, ramai anak2 muda lebih meminati Manga berbanding komik Hongkong, tp aku akui, komik Hongkong ni masih lagi mempunyai peminatnya sendiri; seperti aku ini.. Hehehe...

Bu Jing Yun

Ada banyak kenderaan yang aku nampak kat malaysia ni, tp semalam, aku betol teruja apabila aku nampak satu kenderaan parking di kawasan pekan di Johor. Selama ni aku hanya mendengar hanya sultan Johor sahaja yang menggunakan kenderaan ni, tp kini, rakyat biasa pun dah mampu membelinye..

Semasa aku lihat dari jarak dekat, aku kagum dgn bentuknya... Walaupon ianya tak sebesar yang aku janggkakan mcm dalam tv or movie, tp ianya sudah cukup untuk membuatku rasa teruja... Smart dowh.. dan aku rasa macam nak beli je satu hari nanti.... Kenderaan yang aku cakapkan ini ialah Hummer.. Yang aku nampak ini ialah Hummer H3.. mmg lawa


Hummer H3 ni adalah jenis Hummer SUV dan yang terkecil dibuat oleh General Motors.. Arnold Schwarzenegger pon pakai yang macam ni tp Hybrid.. canggih seh, teruja macam nak pakai je.. hehehehe

Hummer H3

I've been thinking about things to write, but tis like having a mind block or somethin'. But, while browing the internet, i notice that google page today can be played as a guitar.. Well, this is by far, the most awesome page created by Google.. So, anybody who wants to play google guitar, type www.google.com now and start plucking your music!! You ROCK!!!

The awesome google page ever! hehehe

Google guitar..

Kami bukan generasi BN yang cenderung untuk menetapkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh yang kononnya hendak menyenangkan rakyat. Kami generasi yang mampu berfikir dengan waras tentang apa yang kami mahu dan apa yang kami tak mahu agar kami dapat hidup sejahtera dan baik. Kami generasi yang mampu menilai tentang perbezaan orang yang telah lama bertapak diatas (yang semakin menyusahkan rakyat) dan dengan orang yang baru bertapak (berjuang untuk rakyat). Itulah kami, generasi yang berhak memilih! (Ezo)
  
Generasi kami yg lahir dan membesar lepas Merdeka, lepas 13 May 1969, adalah generasi yg tak terikat dgn "jasa", "sejarah" dan sebagainya zaman2 dahulu. Generasi kami generasi globalisasi, tahu nak menilai baik buruk, tahu mana nak cari berita yg sebenar, tahu kalau kami ni ditipu bulat2, dan seterusnya. Kami membesar bersama2 rakan2 dari semua kaum dan agama. Tak diskriminasi antara siapa2 pun. Tolong jangan anggap kami akan semuanya ikut cara mak bapak datuk nenek kami! (Nikman Shah)


Kami adalah genarasi yang ingin melihat negara ini di urus tadbir dengan baik,tiada salah guna kuasa dan penyelewangan,suasana kehidupan yang tak membebankan dan penuh tekanan.Negara yang pemimpin nya sentiasa mengutamakan kehidupan rakyat nya lebih dari kehidupan nya sendiri.Juga negara yang memberi ruang kehidupan bersama pada bangsa dan ugama yang lain dengan harmoni. (Sunan Esa)

Kami Generasi Baru

Sudah pasti ramai yang merokok. Dan sudah pasti ada antaranya yang ingin berhenti merokok, tp tak kesampaian.. hehehe.. ada yang mempunyai niat nak berenti sebab rokok kelas A dah mahal, tp ada yang beli rokok substitute plak yang jenama ntah apa apa ntah (tanak berenti berhenti punya pasal..)hehehe.. Kalau dah namanya rokok, rokok kelas A ke, rokok contraband ke, rokok kelas B ke bawah ke (dah mcm lesen plak), semuanya memudaratkan kesihatan.

Aku akui, aku ni juga termasuk dalam golongan penghisap rokok. Kalau nak lihat mmg aku masih mampu beli, tapi bila dipikirkan dari segi kesihatan pulak, rasanya macam dah mula menampakkan saat2 yang takut... adoi la.. Aku lihat, ada pelbagai cara berenti rokok, termasuklah dr segi perubatan (yang amek pil2 tu), dari segi rawatan kaunseling (termasuklah motivasi diri sendirii bila ada kawan mati isap rokok), dan yang terbaru aku dgr ialah E-cigarette. Haaa... tu yang menarik aku dgr.. Siap pegi cari sebab nak test punya pasal..

Apa tu E-cigarette? Ala, ni kalau nak digambarkan macam sorang pelakon tu dalam citer Tourist. Kalau ingat la, bila ada adegan Johnny Depp isap rokok dalam train tu.. Ha tu la dia, nampak macam rokok, tapi bukan.. Cuma setakat isap tapi kuar wap air (vapor).. Dan bila aku selidik dan try, mmg takde tembakau2 yang membahayakan kesihatan tu.. Cuma ada nikotin je..

Tukar rokok E-cigarette la plak..

Sedang aku browse page FB aku, tetibe terbaca satu artikel hasil nukilan As Nita.. Pecah perut aku membaca nya.. Di sini aku ingin kongsi bersama Cara2 Buat Roomate Jadi Gila..

                             ------------------------------------------------------------------------
Article by As Nita

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

Cara2 buat roomate anda jadi GILA! haha

Sejak akhir2 ni aku tgk asyik hujan je.. Mungkin ianya suatu rahmat dari tuhan dan kita patut bersyukur padaNya. Cuma bila waktu2 hujan sebegini, alangkah baiknya kalau dapat tido, lebih2 lagi bila hujan diwaktu pagi hingga tengahari. Konfem kalau waktu cuti weekends, musti tarik selimut punye lah.  Hehehe

Ramalan Cuaca di Melaka
Aku telah refer pada website Jabatan Meteorologi dan telah diramalkan hujan pada sebelah pagi hampir setiap hari kecuali weekend. Terpikir aku, macam mananya agaknya parents yang telah mengambil cuti sempena cuti sekolah ini dapat mengadakan outdoors activities bersama anak2 mereka. Mesti terbantut rancangannya, ataupun, tukar plan la gamaknya.

Jadi, cara yang paling mudah ialah bukak website yang aku katakan tadi. Bolehlah plan apa yang sepatutnya. Dan bagi aku yang sedang bekerja dan tidak ada cuti ni, alamat duduk je la kat ofis sambil2 menahan mata kuyu ngantukku ini. Hahaha

Dan pada budak2 yang sedang asyik bercuti duduk dirumah, jangan pulak main hujan.. Karang demam, lagilah tk bole nak pergi berjalan2.. Haa.. kan susah.. Tp, ada aku kesah? Tu hal koranglah.. Hehehe..

Cuma, terfikir juga aku, time hujan2 sebegini kalau dapat buat outing bergambar dgn rakan2 mengambil mood hujan pon macam bagus.. Hehehe.. Pasti gambar nampak syahdu je...  *wink*

Hujan oh hujan..