Powered by Blogger.

Sunday, October 16, 2011

Filled Under:

lagu sekolah rendah - PETANI -

Share
Bagi golongan yang lahir pada tahun 70'an, aku pasti, sudah tentu ada diantara mereka yang tahu lagu2 yg mesti dipelajari semasa di sekolah rendah.  Ada banyak lagu2 yang aku pelajari tetapi, hanya beberapa lagu yang aku ingat sehingga kini baik liriknya atau melodinya.

Memandangkan aku selalu cipta lagu2 baru aku ni, pernah juga terfikir dihati ini untuk merakam semula lagu yang aku pernah belajar disekolah. Pada aku, minat aku terhadap muzik bermulalah dari sekolah rendah sehingga kini aku berupaya untuk merakam sendiri lagu2 aku.

Mungkin apabila aku selesai rakam lagu2 aku nanti, aku bole pula rakam lagu yang aku pelajari semasa aku dibangku sekolah agar dapat aku mengimbau kenangan sewaktu belajar di Sek. Ren Ngee Heng, Johor Bahru..
Gambar hitam putih sewaktu aku darjah 4

Inilah lirik lagu yang kerap aku nyanyikan ketika aku benar2 bosan.. Ada sesapa yang tahu lagu ni? Sama2 lah kita nyanyikan bersama... Heeeee...

*PEACE*

Petani - semasa darjah 4.

lihat jauh nun disana,
tekun petani kerja,
buah padi masak kuning,
isteri kerjasama,
tolong menolong membanting padinya bercerailah tangkai jerami,
dulu padi di tumbuk indang tampi,
kini mesin jadi penganti....

1 comments:

HuruHara said...

dah siap rakam x?