Powered by Blogger.

Saturday, September 24, 2011

Filled Under:

Malaysia meng"anak-tiri"kan KIA? :)

Share
Apabila sebut pasal kereta kia ni, aku pun kurang pasti la kenapa Malaysia ni menganaktirikan kereta ni.. Ada yang kata sparepart mahal n susah cari, guna petrol banyak, gearbox cepat rosak, ntah lah..


Aku mula berjinak2 dgn Kia ni masa tahun 2005. Masa tu aku telah membeli Kia Spectra dan pada masa itu ia telah mendapat gelaran Car of the year (2004) dan bersaing dgn keluaran kereta pada zaman2 tu la. (Jangan compare ngan kereta sekarang yang lebih canggih.. Hehehe)..

Pada masa aku mula beli kereta tu, aku bukan beli dengan suka2 sebab nak jual kereta proton satria aku tu, tidak sama sekali.. Aku telah survey dan kaji dulu prestasi kereta ni di majalah dan forum2. Aku mula untuk mencari satu platform jenis kereta yang aku suka dan akan mula beli kereta jenis tu saja (mungkin), dan aku dapat tahu Spectra ni kereta org2 berpendapatan sederhana aku pun mula membelinya. Aku bukannya tak minat Honda, tp dah bayak org pakai... Aku cuma nak lain dari yang lain dan pakai ikot kemampuan duit aku ni..

Aku cume pelik bila ramai yang mengatakan sparepartnya mahal.. Pelik kerana aku tertanya2, sejak bila pula kereta2 import ni mempunyai sparepart yang murah seakan - akan kereta proton.. Ntah2 sparepart ori Proton pun mahal... Heee.. ada org org jugak berfikiran gitu..

Dan ada jugak org kata kereta kia kuat makan minyak. Dah yang beli kereta kia tu sebelumnya pakai Proton or kancil or myvi, pastu nak compare ngan kereta tu, memang la terasa minyak banyak makan. Tapi pada aku, ia tidak la makan minyak banyak sangat.. Lebih kurang sama je masa aku pakai pakai Proton Satria, dan kalau lenjan sampai 120 - 130 km/s, mmg la minyak abis.. hehehehe.. (aku bukan compare ngan kita sekarang yang jimat minyak, tapi kereta pada masa zaman2 sebelum pengeluar kereta fokus pada penjimatan minyak) Hehehe..

Aku akui pada awal tahun 2000, mmg alat ganti kereta2 korea ni payah nak dapat dimana2, tp, ianya masih boleh didapati di Service center la.. takkan la nak cari kat kedai2 Ah Lek dan Ah Siau lak.. Tapi sejak Malaysia menekankan strategi 3S (Sales-Service-Spareparts), maka mudah la untuk pengguna mencari service Center dan alat ganti kereta2 import ni... Malahan, NAZA pon telah membina kilang pemasangan kereta beberapa model Kia di malaysia ni.. tu belum ambil kira model2 lain...

Dan pernah aku dengar keluhan dr seorang kawan di SMSSI yang pernah ada Spectra kata kereta ni gear autonya cepat rosak.. Terkejut aku, sebab so far, alhamdullilah kereta aku masih berfungsi dgn baik.. Aku tertanya2, mcm mana caranya dia servis kereta, adakah dia pergi ke Kia servis center, atau kedai mekanik biasa Ah Lek dan Ah Siau.. Minyak ATF untuk gear auto yang aku guna ialah NAZA ATF Dexron III, n tak pernah tukar jenisnya sejak pakai... Alhamdullillah, masih lagi elok..

Pendek kata, kerana cerita2 macam inilah yang membawa kepada penganaktirian kereta2 korea di Malaysia dan market pricenya pula jatuh sebab permintaan yang sgt2 kurang untuk beberapa model KIA... Sian aku... HHAHAHAHA.. ke padan dgn muka aku...? Entahlah..

Tapi apa2 pun, aku sekarang tengah target kereta 2 pintu, Kia FORTE Koup 6-speed.. Entah bila la dapat beli.. tgh sabar ni....


4 comments:

..mem0ir Qaira.. said...

wah..sama la..nak FORTE tu jugak..tp yg 4 pintula..perancangan ms depan..haha

9w2tzq said...

Salam bro,
Join us in www.mynazakiaclub.com

9w2tzq said...

Salam bro,
Join us in www.mynazakiaclub.com

Anonymous said...

Bro aku baru beli Kia Spectra second hand harga tahun 2004 aku ketuk sampai RM10 000.keta memang cantik satu owner skirting siap pasang.Keta satu owner semua original tak modified.Skirting tepi depan dan belakang pun ada ala Novus.banding dengan wira,aeroback second hand tahun yang sama rasa tak dapat RM10000.Dahlah tu kebanyakkan kereta wira dah modified habih.Kia Spectra ni aku beli kat mudah.Harga kalau bawah RM10 000 memang cepat orang beli.Takde fikir 2kali.