Powered by Blogger.

Monday, June 6, 2011

Filled Under:

Kami Generasi Baru

Share
Kami bukan generasi BN yang cenderung untuk menetapkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh yang kononnya hendak menyenangkan rakyat. Kami generasi yang mampu berfikir dengan waras tentang apa yang kami mahu dan apa yang kami tak mahu agar kami dapat hidup sejahtera dan baik. Kami generasi yang mampu menilai tentang perbezaan orang yang telah lama bertapak diatas (yang semakin menyusahkan rakyat) dan dengan orang yang baru bertapak (berjuang untuk rakyat). Itulah kami, generasi yang berhak memilih! (Ezo)
  
Generasi kami yg lahir dan membesar lepas Merdeka, lepas 13 May 1969, adalah generasi yg tak terikat dgn "jasa", "sejarah" dan sebagainya zaman2 dahulu. Generasi kami generasi globalisasi, tahu nak menilai baik buruk, tahu mana nak cari berita yg sebenar, tahu kalau kami ni ditipu bulat2, dan seterusnya. Kami membesar bersama2 rakan2 dari semua kaum dan agama. Tak diskriminasi antara siapa2 pun. Tolong jangan anggap kami akan semuanya ikut cara mak bapak datuk nenek kami! (Nikman Shah)


Kami adalah genarasi yang ingin melihat negara ini di urus tadbir dengan baik,tiada salah guna kuasa dan penyelewangan,suasana kehidupan yang tak membebankan dan penuh tekanan.Negara yang pemimpin nya sentiasa mengutamakan kehidupan rakyat nya lebih dari kehidupan nya sendiri.Juga negara yang memberi ruang kehidupan bersama pada bangsa dan ugama yang lain dengan harmoni. (Sunan Esa)

0 comments: