Powered by Blogger.

Wednesday, May 18, 2011

Filled Under: ,

Rakam lagu guna komputer.. :)

Share
Ramai jugak org tanya aku mcm mana aku rakam lagu2 aku ni. Jawapan aku simple je, aku rakam sendiri di rumah. Aku percaya banyak band2 indie yang rakam lagu mereka sendiri dirumah atau mungkin studio mereka sendiri. Tapi bagi aku, aku hanya rakam sendiri dirumah dgn hanya menggunakan teknologi terkini - Komputer. :)

Terdapat byk software dipasaran yang boleh digunakan untuk merakam lagu. Pada mulanya aku menggunakan software Fruity Loops (disarankan oleh member aku, Khairul). Kemudian aku beralih menggunakan Acid 7. Semasa aku mula2 ber experimen menggunakan softwre tu, aku discover ada banyak kekurangan yang aku ada baik dari segi cara merakam lagu, tempo, dan sound mixing. Kadang2, lagu yang kita ada belum tentu dapat dirakam dengan sempurna tanpa perlu didengari sebanyak mungkin bagi mencari sound and susunan muzik yang sesuai.


Boleh dikatakan, 90% lagu2 aku dirakam menggunakan software Acid 7. Walaupun aku telah merakam hampir 20 lagu, tapi aku masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi susunan muzik dan mixing. Pemilihan lagu2 yang sesuai juga amat penting apa bila aku mula start recording. Sebelum aku mula merakam lagu secara proper, aku akan bermain gitar dahulu untuk mencari melodi2 yang boleh aku ketengahkan. Biasanya aku akan cari melodi secara unplugged dahulu.

Untuk aku mula merakam lagu, aku hanya memerlukan alat muzik seperti gitar dan pre-amp. Pre-amp yang aku guna ialah dari gadget gitar aku sendiri, ZOOM. Manakala beat drum pula boleh didapati dgn menggunakan drum machine, software VSTI atau merakam drum di studio. Tapi bagi aku, aku hanya menggunakan VSTI yang aku link terus dgn ACID 7 aku. Semudah itu. Jadi, untuk mengatakan pada zaman ini kita memerlukam berbelas2 ribu ringgit untuk merakam lagu adalah tidak lagi releven. Kalau kita masih perlukan studio2 besar untuk merakam lagu, kenapa musik indie yang dirakam sendiri makin banyak berkembang..  :)   Hidup D.I.Y music!

p/s: Lagu aku boleh didengari di music box sebelah kanan page ni, atau di ezuddin.com.