Powered by Blogger.

Sunday, May 15, 2011

Filled Under: ,

Gitar idaman aku ni!

Share
Semalam aku pergi kedai muzik untuk mencari gitar ibanez yang baru kerana gitar ibanez yang aku ada sekrang nampak macam dah buruk dan rasa tak best.. hehehe Padahal gitar tu dah banyak berjasa dengan aku, banyak lagu yang telah aku rakam menggunakan gitar tu dan aku jamming pun pakai gitar tu.. :)

RG350M
Ada beberapa gitar yang aku telah cuba, antaranya Ibanez GRGR101LTD, GART011LTD, RG350M & JEM JR Black. Puas aku mencuba dan aku macam tertarik ngan RG350M. Warna kuning mencapap je.. hehe. Setelah dibelek2, antara yg membuatkan aku minat pada RG350M, ianya menggunakan termolo EDGE III, siap ada lock lagi, so kalau lead gila2 pon, tune gitar tak lari. Best2!

Pastu, apa yang aku lihat, pick-up yang digunakan pon brand Infinity, tak macam gitar aku sebelum ni yang hanya guna pick-up biasa je. Sound gitar tu pada aku menarik sebab bole digunakan untuk rhythm dan main chord biasa, dan bila lead pun sedap dan nyaring bunyinya.

Dari segi fizikal, warnanya sangat menarik sebab warna kuning. HEEHEE Necknya pula tak tebal sangat jadi lebih mudah untuk pergerakan tangan kedepan dan ke fret hujung.. Best!

Dan, aku lihat harganya yang affordable yang membuatkan aku nak beli tu.. heeee...

Kumpul duit!! Kumpul Duit!! Nak beli!








0 comments: